The MEDIOCRE teachers TELL, The GOOD teachers EXPLAIN,
The SUPERIOR teachers DEMONSTRATE, The GREAT teachers INSPIRE..

Saturday 28 May 2011

Bina Masjid

Assalammualaikum..
Cerita psl bina masjid...bukan bina masjid betul-betul. Ni sinonim ngan org-org yg mau mendirikan rumahtangga. Napa sy buka cerita psl kahwin???. Sbbnya, skrg dah mula cuti persekolahan. Masa-masa ginilah, tmpt sy riuh ngan paluan gong. Gong???..adat org Sabah, bila ada perkahwinan mesti ada gong. Dgn itu, org ramai tau ada majlis perkahwinan yg sdg berlangsung. Kebiasaan pasangan pengantin akan diarak keliling pekan dgn paluan gong. Kalau time cuti-cuti mcm ni, hampir tiap hari ada konvoi pengantin ngan gong berarak dkt pekan. Meriah gtu.. Sy dan keluarga ada menerima beberapa kad jemputan kahwin. InsyaAllah, andaikata tidak ada aral melintang..sampai jg kami dkt rumah pengantin. Problemnya, sehari smpi 2 majlis kahwin yg berlainan tempat. Kalau mcm ni keadaannya, ada baik ngan ada buruknya bila jemputan ke majlis bertembung. Baiknya..kita tak payah susah-susah masak dkt rumah. Tuan rumah siap bg bekal lauk-pauk lg. Tp yg buruknya, org mcm sy ni yg tiada kenderaan. Mcm mana nak berkejar untuk memenuhi semua jemputan. Walimah yg baik kita wajib penuhi jemputan. Tp apakan daya, andaikata ada rezeki sy ngan keluarga untuk dtg ke majis..Alhamdulillah. Andaikata tidak ada rezeki, kami doakan semoga berbahagia dan kekal hingga ke akhir hayat..InsyaAllah, amin... Nanti cuti hujung tahun, tak pun masa raya nnti..akan kedengaran lg paluan gong hehehe..

Apabila 2 hati bertemu atas 1 matlamat kerana Allah, itulah kebahagiaan..



"SELAMAT PENGANTIN BARU"

1 comment:

  1. Harrah's Casino Reno - MapyRO
    Find Harrah's Casino Reno, NV, 경기도 출장안마 United States, United States, ratings, photos, 구미 출장샵 maps, Harrah's Reno Hotel 경상북도 출장샵 & 경산 출장샵 Casino, Reno, 천안 출장샵 NV.

    ReplyDelete