The MEDIOCRE teachers TELL, The GOOD teachers EXPLAIN,
The SUPERIOR teachers DEMONSTRATE, The GREAT teachers INSPIRE..

Friday 3 June 2011

Kehilangan yg tidak disangka

Assalammualaikum...
Berat hati mau cerita tp tiada teman disisi untuk berkongsi kedukaan. Disaat ini, perasaan ingin bertemu dengan rakan-rakan KDPM Prasekolah KEMAS begitu memuncak. Ingin menangis bersama....Kelmarin, sdg sibuk melayan adik bongsu ditingkat bawah, tiba-tiba terasa nak check handphone. Rupanya, salah seorg sahabat menelefon. Sambut ja panggilan, kedengaran esakan..KENAPA????. Rasa terkejut yg amat sangat bila sahabat sy memberitahu, salah seorg kwn sekelas kami terlibat dalam kemalangan jalan raya dan meninggal dunia. Ya Allah....sangat-sangat tidak percaya. Sy telefon semua rakan-rakan, ada yg menangis, ada yg masih tidak percaya dan ada yg terkejut sbb baru tahu. Sy seorg yg tidak mudah menangis tp kehilangan yang tidak disangka ini, betul-betul mengejutkan. Air mata tidak dapat dihalang. Sahabat kami ini baik orgnya, semua org suka. Berbakat dan tidak suka menyakitkan hati org lain. Hari-hari terakhir kami bersama, dia kelihatan sangat gembira dan ceria. Sy menghubungi beberapa org pensyarah yang sangat rapat dengan kami semua. Masa nak bgtau berita sedih tu...sy rasa mcm sedang menipu sbb diri sndiri masih belum terima bahawa arwah sudah tiada. Hari ini, Jenazah akan dikebumikan di kampung halaman. Sy sangat terkilan sbb tidak dapat menziarahi arwah buat kali terakhir. Hanya pesanan dan makluman dr kawan-kawan yg dtg berziarah menjadi penghubung. Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan, Mr. Bong Koi Sin telefon bertanyakan apa yg telah berlaku. Sy hanya jawab setakat yg termampu. Bila dengar suara Mr.Bong yg serak menahan sebak..sy pun ikut menangis sama. Kehilangannya begitu terasa. Dalam kelas, kami seramai 15 org..oleh kerana bilangan kami sedikit, ukhuwah diantara kami sangat erat. Pelbagai dugaan dan cabaran telah kami tempuhi bersama. Terkilan sbb arwah tidak sempat menggengam diploma yg bakal kami terima pada hujung tahun ini. Penat menahan sedih..kepala pun sakit berfikir. Allah lebih sayangkan dia, dariNya kita datang, padaNya juga kita kembali. Bila-bila masa kita akan menyusulinya......

Pertemuan pertama ke-2 yg mengeratkan silaturrahim antara kami

Penglibatan pertama kami semasa berada di semester 1 lawatan ke Prasekolah Yayasan Sabah

Aktiviti terakhir kami, makan tengahari bersama. Gambar terakhir kami berkumpul bersama arwah

Gambar terakhir yg sy edit untuk semua kawan-kawan.


3 Jun 2011, perginya seorg sahabat...semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama hambaNya yang beriman. Banyakkan doa untuk arwah NurJuhuriah binti Abdul Kal..al-Fatihah

1 comment:

  1. Assalamualaikum sis i found this when daniyah cari "nurjuhuriah di google hehe " great :) Semoga sentiasa di dalam lindungan Allah S.W.T :) hehe hope you are doing well there sis :D and stay safe :) lotsoflove :) #kakchombie'slilsis

    ReplyDelete