The MEDIOCRE teachers TELL, The GOOD teachers EXPLAIN,
The SUPERIOR teachers DEMONSTRATE, The GREAT teachers INSPIRE..

Saturday 28 May 2011

Bina Masjid

Assalammualaikum..
Cerita psl bina masjid...bukan bina masjid betul-betul. Ni sinonim ngan org-org yg mau mendirikan rumahtangga. Napa sy buka cerita psl kahwin???. Sbbnya, skrg dah mula cuti persekolahan. Masa-masa ginilah, tmpt sy riuh ngan paluan gong. Gong???..adat org Sabah, bila ada perkahwinan mesti ada gong. Dgn itu, org ramai tau ada majlis perkahwinan yg sdg berlangsung. Kebiasaan pasangan pengantin akan diarak keliling pekan dgn paluan gong. Kalau time cuti-cuti mcm ni, hampir tiap hari ada konvoi pengantin ngan gong berarak dkt pekan. Meriah gtu.. Sy dan keluarga ada menerima beberapa kad jemputan kahwin. InsyaAllah, andaikata tidak ada aral melintang..sampai jg kami dkt rumah pengantin. Problemnya, sehari smpi 2 majlis kahwin yg berlainan tempat. Kalau mcm ni keadaannya, ada baik ngan ada buruknya bila jemputan ke majlis bertembung. Baiknya..kita tak payah susah-susah masak dkt rumah. Tuan rumah siap bg bekal lauk-pauk lg. Tp yg buruknya, org mcm sy ni yg tiada kenderaan. Mcm mana nak berkejar untuk memenuhi semua jemputan. Walimah yg baik kita wajib penuhi jemputan. Tp apakan daya, andaikata ada rezeki sy ngan keluarga untuk dtg ke majis..Alhamdulillah. Andaikata tidak ada rezeki, kami doakan semoga berbahagia dan kekal hingga ke akhir hayat..InsyaAllah, amin... Nanti cuti hujung tahun, tak pun masa raya nnti..akan kedengaran lg paluan gong hehehe..

Apabila 2 hati bertemu atas 1 matlamat kerana Allah, itulah kebahagiaan..



"SELAMAT PENGANTIN BARU"

Wednesday 25 May 2011

masa lapang

Assalammualaikum...

Cerita tentang masa lapang, yalah..sy skrg da ada dkt kg. Rindu yang teramat dengan suasana dkt IPG, dkt dorm, dkt kelas, dkt cafe dan dkt sklh (masa praktikum). Bila busy, kita fikir..bilalah mau habis study ni. Skrg, sdh habis study. Tunggu konvo ngan posting ja lg. Dengar khbr, konvo Bulan Julai ni tp posting mungkin Bulan Oktober..wah, lamanya. Sempat jd penternak berjaya, ternak lemak dkt badan huhuhu. Nmpknya, kena rajin puasa sunat ni hehehe..(opsss..niat kena betul). Stkt ni, aktiviti yg da sy buat..paling lasak, mengecat rumah baru. Nak jimat koslah katakan..Selain tu, jd surirumahlah..masak, kemas..semua bg ngan sy. Kalau sdh tidak tau mau buat apa, pg melayan kucing-kucing ngan arnab yg ada huhuu. Sy ada upload pic kucing-kucing yg ada d rumah..kucing biasa ja..actually teringin ada seekor kucing parsian...huhu


 Ni anak kucing dkt rumah..kesian, kurg zat. Pdhal mak dia kena bg mkn jg

 Keykey..kucing mix parsian. Entah kucing mana punya kerja, dah bunting. Bila dah sarat, dia jd kurg aktif tp kuat tidur

 Ni kucing nenek sy..yg ni gemuk pula..aktif lg

 Yg seekor kuat, yg seekor lg lemah..nak gerak pun susah

Hahahaha...smpt posing

Apalah cerita cikgu diza ni..sepatutnya cerita mesti bnyk ttng sklh, P&P, anak murid, BBM tp melatut smpi cerita anak kucing..huhuhu. Sorry semua. Selagi belum posting, mmg post semua ttmg diri sndiri...=)


P/S: cuti sklh dah dekat...SELAMAT BERCUTI SEMUA!!!!


Monday 16 May 2011

16 Mei hari guru dan.....

Assalammualaikum...=)


Walaupun skrg da 17 Mei 2011 tp rasanya belum terlambat untuk mengucapkan HAPPY TEACHER'S DAY untuk semua pendidik seMalaysia. Actually mmg mau post smlm tp tidak larat sbb balik agak lewat dr Jamuan Hari Guru SKSG. Tidak apalah, yang penting ada post hehehe. Adeh..dr post-post yg lepas, sy ckp nilah kali terakhir diIPG Kampus Gaya tp masih disini jg hahahahaha. Bru kelmarin segala program diIPG tamat. Kawan-kawan pun ramai da yang balik kg tp sy masih disini. Kenapa??? sbb bnyk kerja tak selesai lg huhuhuhu..sabo jelah. Ok..ok, mari, sy mau cerita apa yg berlaku kelmarin. Pagi-pagi kena kejutan sbb...kain baju yg sy jemur di luar bilik kena rampas oleh warden hostel hahahaha..first time dlm sejarah sy diIPG ni. Adeh....akibat menjemur ditempat yg tidak sepatutnya melayang duit huhu. Jam 1, kami (Opsyen KDPM Prasekolah KEMAS, KPLI BI kump 1 dan 2)  kena bersedia di depan dewan untuk program AADK ke PUSPEN, Kimanis, Papar. Masa tunggu bas yg agak lmbt ketibaannya..kami sempat beramah-mesra dgn lecturer baru dr AUSTRALIA. Bestnya borak ngan dia..sygnya  dia tidak sempat jd lecturer kami.

nice to meet you sir Barry W Jarret

Nak dekat Jam 2 barulah muncul bas kitaorg, dalam jadual sepatutnya bertolak Jam 1. Adakah ini yg dinamakan sebagai janji Melayu???. Ingatkan perjalanan dr KK ke PUSPEN ni dekat. Rupa-rupanya..jauh jg. Ada lg yg sempat mabuk jalan. Jam 3 lebih, kitaorg smpi dan sepatutnya program tamat Jam 4. Ahaks...da dtg jauh-jauh takkan mau melawat stkt 30 minit jakan...pas taklimat, kitaorg dibw melawat sekitar PUSPEN. Kitaorg tidak dibenarkan snap pic. Takut juga tgk penghuni-penghuni di sana. Sempat tgk mcm mana org yg ketagihan dadah ni nak bersihkan toksin dalam badan dia..huhuhu. Lebih kurang Jam 5 lebih, lawatan kitaorg tamat. Jom balik!!!.

 sempat pose..zira, kak sue, wani dan connie

 kak ita, chombee, fiza dan kak mary

 james, niza, seha, sy , lis dan ayu

 aktiviti dalam bas..melantak mknn

 dpt snap pic masa balik ja haha

 apa itu PUSPEN...????bc ni.

 meh balik!!!

Sampai kat hostel lebih kurg Jam 6 lebih..Maghrib pun dah masuk. Rasa nak rehat ja tp malam ni ada invitation Majlis Hari Guru SKSG. Smlm pun ada tp tak dapat hadir, GB pun ada tanya ngan Cikgu Dayang (guru pembimbing masa praktikum). Demi mu GB, kami datang jua hahaha. Keluar ja dr kereta, semua fokus kat kami..apasal guru pelatih dtg ni???. Segannya tahap gaban. Tp sdh terlanjur smpi, nasib baik GB dtg kat kami huhuhu...majlis ni mmg meriah. Tempat mcm hotel 5 bintang pdhal dkt kantin sklh ja. Menu semua sedap-sedap belaka. Kami semeja ngan guru pengganti..tidak ingat pula sepa nama  dia..sy panggil cikgu Roy jalah, cikgu Mutahar, cikgu Aminuddin ngan ustaz Zahar. MC cikgu Nurikah ngan cikgu Musa..lawak pecah perut. Dorg buat penyampaian anugerah guru mcm penyampaian anugerah ABPBH. Sy pun kena jg..adeh..digandingkan ngan cikgu Roy. Bergegar lutut bercakap depan guru-guru SKSG tp da ada depan mikerofon..hentam saja. Dorg buat cabutan bertuah..cikgu Dayang dpt 1. Jam 11, kitaorg balik..huhuhu. tak tahan da. Penat betul.. Apa-apa pun terima kasih GB ngan Kelab KIT KAT sebab alu-alukan kehadiran kami.. Jasa mu dikenang.

 nilah suasana Majlis Hari Guru SKSG

 mcm hotel 5 bintang gtu

 oppss..gelap pula pic ni..sorry BG

masa sy ngan cikgu Roy jd penyampai anugerah Guru Penyayang

 tulah roundabout yg sy ngan Fiza mau siapkan...cun pula hahaha

P/S: sy menghabiskan masa sorg-sorg dlm dorm, sedih sbb plan hari ni tak jd. Patutnya hari ni mau terminate brdband tp semua member kuar bw haluan masing-masing..yg sdh balik pun ramai..huhuhuhu...Happy Wesak Day.


Tuesday 10 May 2011

Belajar daripada kesilapan

Assalammualaikum.....=)
Alhamdulillah..alhamdulillah, Kursus Pergigian selesai pada hari ini. Tinggal 1 ja lg aktiviti sebelum kami meninggalkan IPG Kampus Gaya, Kota Kinabalu iaitu Lawatan ke Pusat Serenti, Papar dan rumah anak yatim. Aktiviti semasa Kursus Pergigian hari ini ialah pertandingan Mikro Teaching antara opsyen. Opsyen yg terlibat ada 3 iaitu KPLI Pengajian Bahasa Inggeris (SR) kumpulan 1, KPLI Pengajian Bahasa Inggeris (SR) kumpulan 2 dan opsyen kami, KDPM Prasekolah KEMAS. Pertandingan ini diadili  oleh En.Miller Yong, Pensyarah JIP dan Dr.Husna, Pegawai Pergigian merangkap penceramah..(sy minat kat dia ni, serba boleh). Setiap opsyen diberikan sekurang-kurangnya 30 minit untuk membentangkan pengajaran mikro.

kumpulan pertama. KPLI Pengajian BI Kumpulan 2
 kumpulan kedua, KDPM Prasekolah KEMAS
kumpulan ketiga, KPLI Pengajian BI Kumpulan 1

selepas semua opsyen selesai membuat pembentangan, tibalah masanya barisan juri memberikan ulasan berbentuk teguran serta cadangan penambahbaikkan. Disini kami dapat mengesan kelemahan, kelebihan dan cara untuk penambahbaikkan supaya kaedah dan teknik pengajaran menjadi lebih berkesan nnti.
En.Miller Yong, Pensyarah JIP

 Dr.Husna, Pegawai Pergigian merangkap penceramah

Memang ada kedengaran suara-suara yg meluahkan rasa tidak puas hati tp apa salahnya kita terima segala teguran sebagai panduan akan datang. InsyaAllah, ilmu yg kita sampaikan akan lebih bermakna. Sesi penutupan dirasmikan oleh Pn. Aminah Puyong, wakil dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Siapa menang pertandingan mikro teaching?????...kejap, tengok gambar ni.

 Alhamdulillah...berkat kerjasama semua kawan-kawan bermula dr merangka RPH, menyediakan BBM dan pembentangan..opsyen kami dapat JOHAN...=)

Dua lg anugerah yang diberikan oleh Pihak Kesihatan Pergigian iaitu Putera dan Puteri Gigi. Siapalah empunya gigi paling menawan seterusnya menyandang gelaran tu ya...

Tahniah..abang dan kakak KPLI Pengajian BI (SR) Kumpulan 2

Kursus Pergigian selesai akhirnya, boleh kami rehat 4, 5 hari sebelum program terakhir nanti......=). Peringatan bersama, Kita dikurniakan pelbagai kelebihan tersendiri dan bersyukurlah. Ada masanya, kita akan berasa tidak puas hati pada sesuatu perkara tp sampaikanlah dengan cara yang baik..jangan amalkan "BUDAYA SINDIR MENYINDIR"..takut nanti terkena batang hidung sendiri..(ada masa sy juga gunakan teknik sindir menyindir, tp biarlah berpada dan tengok pada situasi ya...)



Monday 9 May 2011

Aktiviti sampingan

Assalammualaikum...
Bagi mukaddimah cerita kali ni, saya nak maklumkanlah bahawa kami telah menjalani Kursus Pergigian hari ini dan akan disambung pada esok hari. Kursus ni, kami bersama-sama dgn kakak-kakak dan abang-abang KPLI. Perjalanan kursus td lancar. Ada pemeriksaan gigi lg.. dapat percuma set pencegahan gigi hehe.
bertugas di kaunter pendaftaran

Sepatutnya aktiviti berakhir pada jam4.30 PM tp pengisian tu just buat RPH bg setiap group.  Work ni boleh buat kat hostel sebab presentation besok. Saya dan beberapa org kawan ambil kesempatan yang ada kuar pg bandar hehehehe...budak nakal sungguh!!. Kami pg mana???....pg meronda SURIA SABAH MALL, pastu WISMA MERDEKA..singgah jalan SEGAMA, masuk KK PLAZA, makan malam dkt WARISAN SQUARE then tunggu kereta balik hostel dkt CENTER POINT. Berjalan dengan baju kurung mcm org mau pg beraya ja. Memang kalau sdh datang keGILAan tu, semua pun best ja mau buat walaupun jalan berkilometer hahahaha..tp tidak apalah, bila lg kan????. Lg pun lps ni tiada lg chance nak jalan kaw-kaw ngan kawan-kawan.

 pic ni dkt Restoran La Manila, Warisan Square

 ni dkt YOYO, Suria Sabah

 ni dkt 1 bangunan yg dah runtuh tp org-org buat tmpt melahirkan kreativiti..Grafitti

last pose dpn Suria Sabah before kitaorg smbug perjalanan

Kesudahan hari ni, kaki lenguh sbb penat berjalan tp hati happy hehehehe.

Saturday 7 May 2011

Cuti-cuti hujung minggu

Assalammualaikum,
Sejak Jumaat lalu saya balik kg, tp masa taip post ni sdh ada di hostel. Masa hari Jumaat tu, hampir-hampir tidak jd balik sebab susah mau dpt kereta. Nasib baik Umi call pakcik teksi yg blik Ranau.Owh..susahnya hati sebab saya ja penumpang perempuan..sdhlah ruang sempit huhuhu. Tengah perjalanan, sblm smpi Kundasang..hujan turun. Hui..lebat gtu, the prob is..teksi tiada aircond, cermin depan jd kabur kena wap..terpaksa pakcik tu, smbil pegang stereng..tgn 1 lg lap cermin..bahaya. Alhamdulillah, selamat smpi rumah.Sabtu, pergi pekan. Sdh puas jalan-jalan ngan kwn balik ngan adik. Dekat-dekat nak smpi rumah, kereta sapu yg kitaorg naik ni, tayar blkg masuk dalam longkang...(kbtln kami duduk bhgn blkg tmpt tyr yg masuk longkang tu), adik saya smpi terhantuk-hantuk di cermin tingkap..Alhamdulillah semua OK. Kesiannya, masa p'mandu ngan penumpang llki yg lain sibuk nak keluarkan tayar dr longkang, hujan pula turun mencurah-curah. Walau bagaimanapun, tayar kereta selamat dikeluarkan berkat kerjasama pemandu, penumpang llki ngan beberapa org yg sudi tolong..kami yg perempuan, bg support dkt tepi ja hehehehe....sempat tengok rumah yg masih dalam proses pembinaan. Saya nak tgk petak bilik je...mentang-mentang dpt bilik sndiri hehehehe. Malamnya untie saya blnja pg KFC...hari ni memang murah rezeki..Alhamdulillah, syukur~~. Ahad, hari nilah tu. Dalam perjalanan ke Kota Kinabalu, nmpklah ada kemalangan lori kontena. Tayar depan blkg sblh kiri masuk longkang, tyr depan belah kanan..meletup kot. Tgk kesan tayar, lori ni mcm t'gelincing naik lereng bukit sblm masuk longkang huhuhu..pemandunya tidak kelihatan, tak tahu apa cerita. Tulah namanya "malang tidak berbau"...nasib baik aku naik kereta yg pemandunya berhemah. Jujur lg pasal dia cerita ngan kami, dia pernah dpt seribu sebab kembalikan beg sorg pelancong yg berisi Cash Money RM72K tmbh Dollar US 15K..ui, kalau kena org yg tak jujur..duit tu confirm tak jumpa lg. Salah sorg penumpang tu ada tertinggal beg duit dkt terminal..punyalah cuai. Nasib baik pemandu ni baik..smpi budak tu tanya.."abg sdh kawen???". Abg tu jwb
"er...sudah, kenapa?". Budak tu bls balik "owh, sdh ada anak??..kalau belum sy mau jd anak abg??sbb abg ni baik sngt". Saya yg duduk sblh pemandu tu gigit lidah, menahan ketawa. Lawak pula budak ni. Apa-apa pun, budak tu selamat dapat beg duit dia and saya selamat smpi hostel..Alhamdulillah...

 Pic ni untuk renungan bersama supaya kita tidak alpa kerana keduniaan..barakallah

Thursday 5 May 2011

Yg diminati

Assalammualaikum....
salam Jumaat buat semua..gembira sbb hujung minggu sdh tiba...(^_^)v. Actually tidak tau apa mau ditaip ni..tp oleh kerana sy sdh terbuka untuk bg NEW POST ni, sy postlah apa-apa yg sy rasa boleh dipostkan hehehehe...


 Ni novel Islamic yg sy baru beli, belum bc pun..ceritanya tidaklah sehebat novel cinta tp pengajaran tu yg kita kena cari dalam novel yg mcm ni...


 Opsss..ni bukan untuk dijual..hehehe. Sy suka kumpul brooch. Jalan pg mana-mana, jumpa brooch yg menarik hati..beli. Ni yg masih dalam simpanan. Yg lain sdh kena pinjam untuk selamanya oleh adik-adik.

Oleh kerana sy berstatus guru pelatih PRASEKOLAH, hati sy sentiasa tertarik untuk memiliki semua benda yg berkaitan dengan prasekolah. Buku ngan CD ni sy beli dr seorg agen yg dtg pg promot produk dkt sklh time praktikum dulu. Ni ada 3 jenis tp sy ambil 2 ja..berguna bila dah mengajar nanti.

Ok..that's all for today. Kejap lg masuk waktu Zohor..jgn lupa tunaikan perintahNya.

Wednesday 4 May 2011

Syahdu

Assalammualaikum....
Hari ni last day kuliah..habis sdh 15 jam. Sy ngan sorg lg kawan lewat sikit masuk kelas sbb menguruskan segala hal-hal berkaitan HEP..lama da tidak tunjuk muka di HEP hehehe. Rupanya ramai yg tak tahu kami bakal menamatkan pengajian disini.Tidak apalah..bila masuk ja kelas..lecturer (Tn.Hj Othaman) sdg memberikan nasihat-dan tip-tip jd org berjaya..(dlm plbgi aspek). Masuk minit-minit terakhir kuliah, ramai kawan yg mengalirkan air mata. Tn.Hj pun menahan sebak..saya???diam-diam ja. Risau nnti terconnect ngan kwn-kwn lain. Syukran Jazilan, Tn.Hj Othman Leon..pensyarah subjek Prasekolah yg kami sdh anggap mcm bapa sndiri. Terima kasih atas ilmu, minta dihalalkan segalanya..nak minta maaf juga sebab kami ni mcm-mcm karenah tp tetap sabar ngan kami....ukhuwah fillah abadan abada, jasamu dikenang..=)

pic ni masa Hari Raya dkt rumah Tn.Hj Othman..siap bg duit raya lg..


walaupun jam kuliah sdh habis, tp kerja-kerja pengKERANIan kena sy siapkan supaya last minit tidak susah.
1. Buat rumusan kehadiran bulanan ngan rumusan keseluruhan..(nasib baik senang ja)
2. Selesaikan borang CV then hantar di HEP.
3. Hantar pengesahan penerimaan transkipsi di Unit Peperiksaan
4. 9 Mei 2011, Kursus Pergigian di LDP
5. 16 Mei 2011, Lawatan ke Pusat Serenti dan Rumah Anak Yatim

*Dorg tidak mahu kami blik awalkah ni??????







Kisah tentang KAMI

Assalammualaikum....
Cerita kali ni b'mood sedih..start besok, kawan-kawan seopsyen ada yang mau balik kg da...ni bukan balik stkt bercuti 2, 3 hari tapi balik kg sebab tempoh pengajian kami selama 3 tahun sdh selesai. Owh, sedihnya smpi tak keluar air mata ni..(seperti biasa) tp dalam hati Tuhan ja yang tahu huhuhu. Banyak pengalaman pahit manis yang kami kongsi bersama contohnya terasing bersama, tekanan bersama, study bersama, shopping bersama, menari bersama, buat assigment bersama, masak bersama, makan bersama dan...banyak lagi perkara yang kami telah lalui bersama. Rasa mcm baru kelmarin kami mendaftar sebagai student Sem 1, pejam celik..pejam celik..sdh tamat pengajian rupanya. Pasni tiada lg student yg kena suruh ajar tarian, pasni tiada lg student yg dorg nak paksa buat persembahan tiap kali ada event, pasni tiada lg student yg kena suruh kemas dwn pdhal bkn dorg yg buat aktiviti dkt dwn, pasni tiada lg student yg dorg nak soseh..soseh, wah..mcm org kena dera pla, tidaklah~~. Confirm mereka -mereka akan rindu ngan wajah-wajah serta keriuhan KDPM Prasekolah KEMAS..hehehehe. Kalau sy cerita pengalaman kami dr tahun pertama sampai tahun akhir ni...tebal buku tu lebih dari kamus Oxford. Takkan terlarat org nak membacanya. Oleh itu, sy mengambil keputusan untuk menyimpan cerita-cerita tu dalam DIARI HATIKU hehehe...Apa-apa pun, sebelum kaki melangkah meninggalkan bumi IPG Kampus Gaya ni. Kenalah jumpa ngan para pensyarah yang pernah berbudi dengan kami. Ikhlaskan hati untuk memaafkan serta dimaafkan. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan rezeki kepada mereka. Jasa kalian akan ku kenang sampai bila-bila..

Special corner untuk sahabat-sahabat sy:
Ayu: my roomate..happy to be you roomate. Ingat kenangan kita masa Praktikum Fasa 1 then cepat2x dpt baby..=)
James: my roomate too, rajin-rajin makan biar naik sikit badan tu hehehe..
Pija: pasni kita tidak dpt pg surau sama-sama, minta maaf kalau ada salah silap spnjg kita Praktikum sama-sama, yg sengaja@tidak..
Seha: ui permata biru..pasni jgn lg nyanyi ni lagu nnti ko demam lg hahaha. Nnti bila da posting sy cari ko bila tiada idea buat BBM hehe
wani: nah, mau posting da nnti...jgn ko ktwa ja time mengajar..hehe
Kak Mary: x-roomate sy, kak..kalau kawen nnti jg lupa jemput ar. Ada rezeki sy terbang pg Beluran hehe
Conny: my tablemate hehehe...sorrylah sllu bg ko pukulan percuma. Sepa suruh ko sllu kcu sy haha
Lis: x-roomate sy jg..bakal2x jd org Ranau hehehe. Cepat-cepat ko transfer p Ranau supaya ada kwn sy hehehe
Zira: kita punya minat yg sama...komik geng. Jeles sy ngan ko pasal ko dulu dpt kamera yg gtu2x..huhuhu
Kimmie: lalinks..(pndi jg rupanya sy b'lalink-lalink), success sllu..hehehe..x-roomate masa sem1.
Kak Sue: x-roomate sy masa sem 1, kakak yg ajar sy melukis2x..tq..kalau kawen nnti jg lupa hntr kad ar..hehe
Kak Ita: kak ita, ingat lagu tipah tertipu..ingat sy. Kita duet tu lagu hehehehe..smpi sumbang hahaha
Chombee: si kecil molek yg selalu jd MC..mesti anak-anak murid ko suka sbb dpt cikgu comel mcm dorg hehehe
Niza: x-roomate sy..sorrylah kalau sy ada jahat2x ngan masa kita b'jiran katil dulu hehehe

* Friends, sy tidak pandai mau bermadah-madah..tapi from the deep of my heart, I love You all. Semoga dipermudahkan segala urusan kita. InsyaAllah ada rezeki kita kumpul-kumpul balik pas 3,4 tahun akan dtg hehehe

Dalam pic ni ada pic Che Tie..cer cari...cer cari

dedicated this song for you all

Sunday 1 May 2011

Student life Part 1

Assalammualaikum...=)
Oleh kerana kehidupan saya sebagai guru pelatih diIPG Kampus Gaya akan berakhir kurang dari 3 minggu, saya nak kongsikan tentang aktiviti-aktiviti yang pernah saya lalui bersama kawan-kawan sepanjang bergelar guru pelatih. Aktiviti-aktiviti ni semua FIRST TIME saya buat sebab dulu masa sekolah menengah aktiviti-aktiviti macam ni tidak diadakan..(dulu sekolah diSEMEKAR, mau tau apa tu SEMEKAR..google ja hehe). Aktiviti pertama, BERKAYAK...oleh kerana semua guru pelatih WAJIB mengikuti BIG aka Bina Insan Guru, maka aktiviti berkayak ni wajib disertai...huhuhu. Teori selama sejam tidak cukup meyakinkan saya untuk berkayak. Berdebar-debar rasanya bila tengok perahu kayak tu. Cabaran bila opsyen kami ni tiada guru pelatih lelaki huhu..terpaksa mengangkat sendiri perahu kayak tu lalu jalan besar sampai ke sungai...jauh tu~~~. Jantung rasa mcm mau terpelanting tengok air sungai yang hitam dan dalam..aduh. Peringatan...ni muara sungai, dorg cakap ada buaya..umi~~mau balik. Mcm Tuhan nak menguji kekuatan saya sebab ramai-ramai peserta, saya ngan partner terpilih jadi couple pertama yang turun dalam air...bergegar lutut tapi oleh kerana kita ni hanyalah orang yang menurut perintah..turun juga. Dalam hati Tuhan ja yg tahu. Bila sdh atas kayak, dalam air..ada sikit kelegaan sebab rasa mcm kerisauan tu berkurangan. Then, peserta lain pun ada keyakinan bila nmpk sy ngan partner berkayak...huhuhu..paling tidak dpt dilupakan bila kitaorg buat latihan kecemasan (kayak terbalik). Adalah peristiwa yg berlaku tapi tidak mau bg cerita ni panjang sangat..akhirnya aktiviti ni selesai dgn jayanya..lebih membanggakan kitaorg dpt pujian dari semua jurulatih sebab opsyen kami, walaupun semua perempuan tapi semangat mcm lelaki hehehe...(bila balik IPG, masuk perhimpunan..semua org hairan tgk opsyen kami cover muka..pasal apa??? terbakar lerr huhu)
ni masa rest..punyalah susah nak parking jd pnjg mcm ni..

sambung lagi..aktiviti seterusnya ialah jeng..jeng..jeng MENARI. Aktiviti ni biasa ja tp bkn kebiasaan bg saya.sepanjang hidup..(Alhamdulillah, pnjg umur)..bila masuk IPG ni baru belajar menari. Badan pun keras mau buat bunga-bunga tu semua. Masa latihan, saya joinlah mcm biasa sbb ada penilaian, tp bila mau buat perfomance..saya orang pertama lari pergi belakang..selamatlah dari sem 1 sampai sem 4. Masuk sem 5, entah mcm mana terpilih jd penari untuk TARIAN DALING-DALING sempena Pesta Kaamatan Peringkat IPG..adeh. Jurulatih kitaorg pula tidak mau tukar org..(T.T). Masa perfomance, dewan penuh..buat-buat cool jalah. Masa mau masuk stage, terpijak pin..(org yg buat perfomance sblm tu yg tercicir). Mcm kena renjatan elektrik. Spontan kaki tendang pin pg blkg stage haha..alamak, lupa yg ada beberapa kamera yg sedang m'rakam masa tu..apa boleh buatlah huhu. Lebih kurang 3 minit lebih atas stage, perfomance habis~~lega. Sem 6 ni pun kena jg..TARIAN ZAPIN dpn org-org besar lg..tak apalah PENGALAMAN.
 ni masa tarian Daling-daling..

seterusnya ialah DRAMA MUZIKAL..drama tu sdh biasa, masa sklh menengah dulu mmg sllu berlakon drama tp muzikal tu yg susahnya. Mau melontarkan vokal tu bukan senang apalagi sambil menyanyi kita bergerak sana-sini. Ni assigment Pendidikan Muzik sem 5. Latihan seminggu..(yg seriouslah..), buat costum sehari sebelum perfomance then perhiasan stage bbrp jam sblm perfomance..(masa tu mmg singkat sngt, smpt lg melayan perasaan..sdh tertekanlah katakan). Drama muzikal ni arahan Puan Lucy, pensyarah Pendidikan Muzik kitaorg..as we know, opsyen kami tiada student lelaki jd segala kerja..angkat kerusi, pnjt tangga..semua kami buat sndiri (kudrat 15 org guru pelatih). Ingatkan tidak ramai yang dtg tgk perfomance kami, rupanya ramai jg yg dtg bagi support. Saya peggang watak bunga mawar..(senang ja watak ni, duduk..goyang kiri kanan then nyanyi), tp last minit dpt watak berdialog..jd jumanji (ganti org sbb kwn-kwn ckp kalau sy join jd jumanji dorg dpt aura..wahahaha..dorg ckp, bkn sy hehe). Akhirnya, perfomance drama muzikal bertajuk "BERMAIN WAKTU MAGHRIB" selesai....confirm semua dpt A+ hehe...
 ni picture selepas selesai perfomance drama muzikal "Bermain Waktu Maghrib"..terharunya sbb Ketua Jbtn dan Pensyarah Penyelaras turut hadir mlm tu..

 picture ni masa latihan, sempat posing ngan tanduk merah

rasanya..pnjg da cerita ni. Jadi saya stop disini dulu. Nanti saya sambung lg cerita STUDENT LIFE PART II.

Wasalam

bakat kurniaan Tuhan

Assalammualaikum...
cerita kali ini, pasal BAKAT. Semua orang ada bakat masing-masing. Ada yang pandai menyanyi, ada yang pandai menari, ada yang petah berhujah..macam-macamlah. Hari ni, tiba-tiba terasa mau tengok macam mana kawan-kawan mengeluarkan bakat dalam nyanyian. Memang ragu-ragu nak masuk bilik karaoke sebab selama ni tak pernah masuk tempat macam ni tp takkan kita mau tinggal sorang-sorang diluar. Tempat ni ok juga..tempat terbuka tp ada bilik tertutup jd kerisauan tu kurang. Rasa lucu tgk kawan-kawan nyanyi..sumbang tak sumbang hentam ja. Saya???..adalah juga try tapi kalau sdh memang tiada bakat faham-fahamlah mcm mana kejadiannya, akhirnya penyanyi backup tukar jd penyanyi utama. Saya banyak tengok dan tumpang ketawa ja. Cukuplah pengalaman masuk tempat mcm ni..ni first dan last...hahaha. Bakat saya bukan dalam nyanyian..yg saya perasan..(tak tau pula kalau orang lain), bakat saya dalam bidang pengurusan...urus kelas, urus program, urus murid. Actually saya suka buat kek, tapi bakat tu kuranglah. Apa-apa pun, siapa-siapa yang ada bakat tu, tidak kira bakat apa pun (kecuali bab kejahatan seperti bakat mengopak pintu rumah, menyeluk saku etc), gunakalah bakat anda sebaiknya, salurkan dengan cara yang betul dan paling penting berSYUKUR....=)

P/S: kawan-kawanku...saya gembira hari ni tp tulah..korang kenal saya mcm mana..cukuplah dengan 3 lagu yg kita nyanyi sama-sama jd sumbang..(siapa suruh korang suruh sy nyanyi, pasni korang tidak lg dengar tu semua haha)..=)