The MEDIOCRE teachers TELL, The GOOD teachers EXPLAIN,
The SUPERIOR teachers DEMONSTRATE, The GREAT teachers INSPIRE..

Tuesday 10 May 2011

Belajar daripada kesilapan

Assalammualaikum.....=)
Alhamdulillah..alhamdulillah, Kursus Pergigian selesai pada hari ini. Tinggal 1 ja lg aktiviti sebelum kami meninggalkan IPG Kampus Gaya, Kota Kinabalu iaitu Lawatan ke Pusat Serenti, Papar dan rumah anak yatim. Aktiviti semasa Kursus Pergigian hari ini ialah pertandingan Mikro Teaching antara opsyen. Opsyen yg terlibat ada 3 iaitu KPLI Pengajian Bahasa Inggeris (SR) kumpulan 1, KPLI Pengajian Bahasa Inggeris (SR) kumpulan 2 dan opsyen kami, KDPM Prasekolah KEMAS. Pertandingan ini diadili  oleh En.Miller Yong, Pensyarah JIP dan Dr.Husna, Pegawai Pergigian merangkap penceramah..(sy minat kat dia ni, serba boleh). Setiap opsyen diberikan sekurang-kurangnya 30 minit untuk membentangkan pengajaran mikro.

kumpulan pertama. KPLI Pengajian BI Kumpulan 2
 kumpulan kedua, KDPM Prasekolah KEMAS
kumpulan ketiga, KPLI Pengajian BI Kumpulan 1

selepas semua opsyen selesai membuat pembentangan, tibalah masanya barisan juri memberikan ulasan berbentuk teguran serta cadangan penambahbaikkan. Disini kami dapat mengesan kelemahan, kelebihan dan cara untuk penambahbaikkan supaya kaedah dan teknik pengajaran menjadi lebih berkesan nnti.
En.Miller Yong, Pensyarah JIP

 Dr.Husna, Pegawai Pergigian merangkap penceramah

Memang ada kedengaran suara-suara yg meluahkan rasa tidak puas hati tp apa salahnya kita terima segala teguran sebagai panduan akan datang. InsyaAllah, ilmu yg kita sampaikan akan lebih bermakna. Sesi penutupan dirasmikan oleh Pn. Aminah Puyong, wakil dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Siapa menang pertandingan mikro teaching?????...kejap, tengok gambar ni.

 Alhamdulillah...berkat kerjasama semua kawan-kawan bermula dr merangka RPH, menyediakan BBM dan pembentangan..opsyen kami dapat JOHAN...=)

Dua lg anugerah yang diberikan oleh Pihak Kesihatan Pergigian iaitu Putera dan Puteri Gigi. Siapalah empunya gigi paling menawan seterusnya menyandang gelaran tu ya...

Tahniah..abang dan kakak KPLI Pengajian BI (SR) Kumpulan 2

Kursus Pergigian selesai akhirnya, boleh kami rehat 4, 5 hari sebelum program terakhir nanti......=). Peringatan bersama, Kita dikurniakan pelbagai kelebihan tersendiri dan bersyukurlah. Ada masanya, kita akan berasa tidak puas hati pada sesuatu perkara tp sampaikanlah dengan cara yang baik..jangan amalkan "BUDAYA SINDIR MENYINDIR"..takut nanti terkena batang hidung sendiri..(ada masa sy juga gunakan teknik sindir menyindir, tp biarlah berpada dan tengok pada situasi ya...)



No comments:

Post a Comment