The MEDIOCRE teachers TELL, The GOOD teachers EXPLAIN,
The SUPERIOR teachers DEMONSTRATE, The GREAT teachers INSPIRE..

Saturday 11 June 2011

Ikan pandai mengurut

Assalammualaikum....

Kalau baca tajuk..mcm pelik kan??? ikan pandai mengurut. Begini ceritanya, Kelmarin..sy ngan Umi serta 4 org adik-beradik nak pergi ke Kg Luanti nak pg ke rumah sepupu. Kebetulan sepupu kami ni buka gerai dekat kawasan sungai. Kami pun singgah. Sepanjang sungai ni, ada 1 kawasan yg air dia agak tenang. Banyak ikan sungai dkt situ. Kawasan ni ditutup dan dikawal untuk aktiviti mengurut ngan ikan. Sebenarnya, sy dah banyak kali dtg sini tp belum pernah mengurut. Jd kelmarin, mencuba mcm mana rasa diurut ikan. Mula-mula masuk dalam sungai, tak rasa apa. Syok jalah sbb banyak ikan dtg dkt kita. Lama-lama.....ikan-ikan tu mula fokus dkt kaki. Geli ada, sakit pun ada. Kena tahan hatilah kalau nak kaki kita bersih huhuhu. setiap group diberi masa 15 minit ja sbb ramai lg org tunggu giliran..maklumlah, cuti sekolah. Kalau ikutkan, kami ni boleh masuk free...ikut sepupu tp tak apalah, kali ni kami byr masuk..nnti kami nak free hehehe. Dkt kwsn tu juga ada air terjun 5 tingkat tp takda kawan nak pg. Lepas mengurut, naik jambatan gantung..tinggi~~. Lepas tu, main bot angin dlm swimming pool. Then, temankan anak buah pg mandi sungai. Kira bestlah tmpt ni, siapa-siapa yg nak menyanyi..set karaoke ada disediakan. Wah...mcm buat promosi pula. Petangnya, barulah kami dtg menziarahi rumah sepupu.


nilah ikan yg pandai mengurut tu...maaflah, kurang jelas

tu..ikan-ikan berenang mencari mknn

sempat pose, pdhal menahan perasaan sbb ikan-ikan bt projek di bwh

jambatan gantung, boleh skodeng org mandi..(x senonoh sungguh)

mandi, berkelah pun boleh..free ja

pandaikah main benda ni???

best tp kwsn ni kecil ja..

penat da, makan nasi lemak tepi sungai



siapa-siapa yg berminat nak dtg...dtglah ke SUNGAI TAGAL KG LUANTI, RANAU. Tidak jauh dr tmpt ni..SABAH TEH...

Friday 10 June 2011

Dari tanah rata ke tanah tinggi

Assalammualaikum....

Sejak post tentang "kehilangan yg tak disangka", rasa mcm berat nak buat post baru. Tapi, tak guna kita bersedih, apa yg penting DOA kita sentiasa bersama mereka..InsyaAllah. Alhamdulillah, rumah yg masih dlm pembinaan hampir siap. InsyaAllah, sebelum tiba bulan Ramadhan nnti..kami sekeluarga akan berpindah ke rumah baru yang terletak diatas bukit. Bukit tu tidaklah tinggi sangat tp cukup untuk membuat org yg agak kurg tenaga ni tercungap-cungap. Rumah yg skrg ni lokasinya tanah rata, tiada bukit. Jalan rata smpilah dkt simpang ke Pekan..(pg pkn ada bukit sikit). Sebelum berpindah...kami kenalah bersiap sedia. Barang-barang yg nak dibawa ke rumah baru kena angkat awal-awal. Barang-barang yg nak dibawa nnti kena audit, segala komik-komik bg ngan siapa-siapa yg nak. Barang-barang yg kurg penting...tak perlu bawa. Sedih jg nak tinggalkan rumah lama ni, lgpun datuk ngan nenek duduk sekali (mmg rumah datuk ngan nenek). Bila sdh pindah, dorg masih dkt rumah lama. Takpa-takpa, InsyaAllah...cucu-cucunya ni rajin dtg lawat. Apa yg bestnya bila rumah atas bukit ni...sejuk, sdgkan rumah skrg pun sejuk apalg atas bukit. Dari balkoni, boleh tgk pemandangan Pekan Ranau. Dekat ngan rumah family..pasal ramai family buat rumah atas bukit ni jg. Bolehlah nnti exercise..jogging petang-petang (InsyaAllah, jika rajin). Paling best, sy ada bilik sendiri..=). Skrg tgh kumpul duit untuk beli perabot dlm bilik...nak cari kerja part time sbb posting pun belum pasti bila. Harap-harap dpt jumpa kerja part time.

Gambar ni sekadar hiasan..rumah kami biasa ja, tidaklah secantik ini tp alhamdulillah...cukup untuk berteduh.



P/S: al-Fatihah untuk arwah sahabat sy, NurJuhuriah Binti Abdul Kal.

Friday 3 June 2011

Kehilangan yg tidak disangka

Assalammualaikum...
Berat hati mau cerita tp tiada teman disisi untuk berkongsi kedukaan. Disaat ini, perasaan ingin bertemu dengan rakan-rakan KDPM Prasekolah KEMAS begitu memuncak. Ingin menangis bersama....Kelmarin, sdg sibuk melayan adik bongsu ditingkat bawah, tiba-tiba terasa nak check handphone. Rupanya, salah seorg sahabat menelefon. Sambut ja panggilan, kedengaran esakan..KENAPA????. Rasa terkejut yg amat sangat bila sahabat sy memberitahu, salah seorg kwn sekelas kami terlibat dalam kemalangan jalan raya dan meninggal dunia. Ya Allah....sangat-sangat tidak percaya. Sy telefon semua rakan-rakan, ada yg menangis, ada yg masih tidak percaya dan ada yg terkejut sbb baru tahu. Sy seorg yg tidak mudah menangis tp kehilangan yang tidak disangka ini, betul-betul mengejutkan. Air mata tidak dapat dihalang. Sahabat kami ini baik orgnya, semua org suka. Berbakat dan tidak suka menyakitkan hati org lain. Hari-hari terakhir kami bersama, dia kelihatan sangat gembira dan ceria. Sy menghubungi beberapa org pensyarah yang sangat rapat dengan kami semua. Masa nak bgtau berita sedih tu...sy rasa mcm sedang menipu sbb diri sndiri masih belum terima bahawa arwah sudah tiada. Hari ini, Jenazah akan dikebumikan di kampung halaman. Sy sangat terkilan sbb tidak dapat menziarahi arwah buat kali terakhir. Hanya pesanan dan makluman dr kawan-kawan yg dtg berziarah menjadi penghubung. Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan, Mr. Bong Koi Sin telefon bertanyakan apa yg telah berlaku. Sy hanya jawab setakat yg termampu. Bila dengar suara Mr.Bong yg serak menahan sebak..sy pun ikut menangis sama. Kehilangannya begitu terasa. Dalam kelas, kami seramai 15 org..oleh kerana bilangan kami sedikit, ukhuwah diantara kami sangat erat. Pelbagai dugaan dan cabaran telah kami tempuhi bersama. Terkilan sbb arwah tidak sempat menggengam diploma yg bakal kami terima pada hujung tahun ini. Penat menahan sedih..kepala pun sakit berfikir. Allah lebih sayangkan dia, dariNya kita datang, padaNya juga kita kembali. Bila-bila masa kita akan menyusulinya......

Pertemuan pertama ke-2 yg mengeratkan silaturrahim antara kami

Penglibatan pertama kami semasa berada di semester 1 lawatan ke Prasekolah Yayasan Sabah

Aktiviti terakhir kami, makan tengahari bersama. Gambar terakhir kami berkumpul bersama arwah

Gambar terakhir yg sy edit untuk semua kawan-kawan.


3 Jun 2011, perginya seorg sahabat...semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama hambaNya yang beriman. Banyakkan doa untuk arwah NurJuhuriah binti Abdul Kal..al-Fatihah