The MEDIOCRE teachers TELL, The GOOD teachers EXPLAIN,
The SUPERIOR teachers DEMONSTRATE, The GREAT teachers INSPIRE..

Wednesday 17 August 2011

kampung vs bandar

assalammualaikum....

salam ramadhan dan selamat menyambut lebaran yang akan tiba nanti. Pejam celik, pejam celik da masuk 3 minggu kita berpuasa dan 3 minggu jugalah sy bertugas di Tabika KEMAS Kg.Nampasan Lama, Ranau. Bukan mudah untuk menabur bakti dengan anak-anak kecil ni. Terutamanya anak-anak kampung yang biasa bermesra dengan alam...wah hehehe. Kali pertama datang, risau tengok jalan raya yang malar naik bukit. Tp skrg, jalan tu sdh biasa. Cumanya, sy perlu menambahkan kekuatan fizikal dan mental, kesabaran dan ketabahan. Anak-anak murid semua baik...cumanya keaktifan mereka membuatkan sy penat 2 kali ganda dr kebiasaan. Masa praktikum dulu, latihan mengajar sy buat dikawasan bandar. Jd cabarannya berbeza. Antara semua anak-anak murid sy, ada seorang yg special. Umur dia da 5 tahun tapi tahap pemikiran baru 3 tahun. Kalau kita tumpukan perhatian dengan murid-murid lain, tidak sedar dia hilang...rupa-rupanya, syok ja dia main air sabun di tandas...hahaha. Kadang-kadang syok juga berbalas-balas cakap ngan dia ni sbb dia ckp pun tidak lancar (baby talk). Ada jg yg datang sekolah, hingus meleret sampai ke pipi...strategi, puji2x sikit pastu suruh cuci muka hahaha...kalau bah panjat-memanjat ni jangan cerita. Setakat meja ngan kerusi dalam kelas tu..main langkah ja. Volume suara sy pun kadang-kadang sampai ke sekolah rendah pun dengar...tambah-tambah masa puasa ni...apa-apa pun, pengalaman ini merupakan pengalaman yang menarik. InsyaAllah, next year..sy akan guna cara sy pula (skrg smbung pengajaran cikgu yg sebelum ni, so kena ikut rentak dia).



P/S: belajar untuk mencintai apa yang kita miliki.

Saturday 6 August 2011

puasa dan sekolah

Assalammualaikum wbt..
pejam celik..pejam celik sdh seminggu kita berpuasa. Alhamdulillh, setakat ni..ibadah puasa berjalan dengan baik. 1 Ogos lalu, sy ke Kota Kinabalu untuk menghadiri taklimat kerja. Happynya dapat jumpa kawan-kawan. Hari tu juga kami dapat penempatan. Actually sy da tau tempat sy bertugas tp tidak tau tempat tu di mana. Tabika KEMAS Kg Nampasan Lama, Ranau. Google...owh, Jalan Tambunan tp masih belum dapat bayangkan mcm mana tempat tu. Petang tu, smpi ja dari KK ke Ranau, terus lapor diri di Jabatan KEMAS Daerah. Besoknya masuk Office. Selasa, pg sekolah...huhuhuhu. Berdebar-debar rasa dijiwa. Sy ngan pembantu sy tumpang kereta sorg guru yng mengajar d SK Nampasan. First time sampai, mmg terkejut sbb jalan untuk ke sana malar naik bukit. Sampai di tabika. Anak-anak murid da tunggu. Dorg semua fasih berbahasa dusun...kalah diri ini. Dorg lagi aktif dr budak-budak yang pernah sy ajar masa praktikum dulu..maklumlah..anak-anak kg mmg lebih lasak, lebih cergas dr anak-anak bandar. Alhamdulillah..penerimaan dorg terhadap sy, sangat baik...mcm-mcm ragam ada..hahahaa. Harapan sy, sy dapat menabur bakti dengan sebaiknya. Tema minggu ini "KENDERAAN DI UDARA"...jom cari BBM dan idea untuk mengajar.