The MEDIOCRE teachers TELL, The GOOD teachers EXPLAIN,
The SUPERIOR teachers DEMONSTRATE, The GREAT teachers INSPIRE..

Wednesday 17 August 2011

kampung vs bandar

assalammualaikum....

salam ramadhan dan selamat menyambut lebaran yang akan tiba nanti. Pejam celik, pejam celik da masuk 3 minggu kita berpuasa dan 3 minggu jugalah sy bertugas di Tabika KEMAS Kg.Nampasan Lama, Ranau. Bukan mudah untuk menabur bakti dengan anak-anak kecil ni. Terutamanya anak-anak kampung yang biasa bermesra dengan alam...wah hehehe. Kali pertama datang, risau tengok jalan raya yang malar naik bukit. Tp skrg, jalan tu sdh biasa. Cumanya, sy perlu menambahkan kekuatan fizikal dan mental, kesabaran dan ketabahan. Anak-anak murid semua baik...cumanya keaktifan mereka membuatkan sy penat 2 kali ganda dr kebiasaan. Masa praktikum dulu, latihan mengajar sy buat dikawasan bandar. Jd cabarannya berbeza. Antara semua anak-anak murid sy, ada seorang yg special. Umur dia da 5 tahun tapi tahap pemikiran baru 3 tahun. Kalau kita tumpukan perhatian dengan murid-murid lain, tidak sedar dia hilang...rupa-rupanya, syok ja dia main air sabun di tandas...hahaha. Kadang-kadang syok juga berbalas-balas cakap ngan dia ni sbb dia ckp pun tidak lancar (baby talk). Ada jg yg datang sekolah, hingus meleret sampai ke pipi...strategi, puji2x sikit pastu suruh cuci muka hahaha...kalau bah panjat-memanjat ni jangan cerita. Setakat meja ngan kerusi dalam kelas tu..main langkah ja. Volume suara sy pun kadang-kadang sampai ke sekolah rendah pun dengar...tambah-tambah masa puasa ni...apa-apa pun, pengalaman ini merupakan pengalaman yang menarik. InsyaAllah, next year..sy akan guna cara sy pula (skrg smbung pengajaran cikgu yg sebelum ni, so kena ikut rentak dia).



P/S: belajar untuk mencintai apa yang kita miliki.

No comments:

Post a Comment