The MEDIOCRE teachers TELL, The GOOD teachers EXPLAIN,
The SUPERIOR teachers DEMONSTRATE, The GREAT teachers INSPIRE..

Saturday 29 October 2011

Si Guppys yg comel

Assalammualaikum.....

Guppy???sepa tu???....hehehe. Ikan bah ni. Yg kecil-kecil, kembang-kembang ekor, warna-warni. Lama da mau pelihara ni ikan. Dulu pelihara ikan Betta..masa Form 6, pelihara dalam bilik ketua asrama (sy lah tu hehehe), nama dia blunie..lama sy jaga. Tapi mati sbb air punya problem. Klorin kali. Lepas si Blunie mati,tiada mood da mau jaga ikan. Skrg, baru ada mood..sy suka betul ngan ikan Guppy. Ni baru mau belajar mcm mana mau jaga ikan Guppy..kalau da pass, baru tambah lg Guppy supaya banyak dalam aquarium. Then mau pelihara Betta lg...=)



 inilah ikan Guppy...lawa kan???

nilah aquarium sy...tp mcm mana mau guna anti-chlorine untuk aquarium yg kecil mcm sy punya ni..???kesian dorg nda banyak air.

InsyaAllah..sy akan jaga dorg dengan baik....=)

Monday 24 October 2011

yg dikenang,yg dirindu,yg disayang

Assalammualaikum..
Tajuk mcm HOT ni..sebenarnya sy tiba-tiba teringat masa lalu hehehe..masa sekolah rendah, time tu masih budak-budak, hentam ja main ngan kawan-kawan..dr permainan yg lembut smpi ke permainan yg lasak termasuk bergayut atas pokok tarap, main bola sepak..bnyk lg la..hubungan ngan kawan-kawan mmg kamceng walaupun dgn kawan-kawan lelaki. Skrg bila jumpa balik ngan dorg, kita ingat dorg tp dorg pla lupa ngan kita...sedihnya....

lencana sekolah Sk Libang, Ranau..(siap kena edit special untuk batch 1995-2000)

tu yg dikenang, yg dirindu pla..pengalaman, kawan-kawan masa sekolah menengah dulu. 7 tahun belajar di Sekolah Agama Mohammad Ali, Ranau..mmg nda boleh dilupakan. Mcm mana susahnya mau escape kelas, escape prep petang ngan malam...hahahaha, yg tu pula yg diingat. Tu baru benda-benda kecil..yg besar mmg payah mau cerita dlm blog. Kawan-kawan masa sklh menengah dulu, ramai yg sudah berjaya..sekali-sekala ada juga kami berkumpul walaupun tidak ramai. Kiranya ukhuwah fillah tu masih tebal antara kami.

ni bangunan baru..mula-mula masuk masa tahun 2003, sangat dirindui....~~~


yg disayangi..kawan-kawan sy masa di IPG..team Iron Ladies..Prasekolah KEMAS ambilan Julai 2008. Kenangan ngan dorg akan diingat sampai bila-bila sbbnya banyak (sangat banyak) perkara suka-duka kami lalui bersama..



sorang sahabat xda dalam pic ni @kimmie.....

syok juga mengimbau kenangan lama ni..apalg bila sorg2x smbil tgk gambar-gambar lama...senyum-senyum sndiri pun tiada org tau hehehehe..

aktiviti terbaru

Assalammualaikum...

tajuk kali ni aktiviti terbaru...aktiviti tuan punya blog..=)..apa tu ar..???


hah..nilah dia..kalau tunjuk gambar bola tampar ni, mmg main bola tamparlah. Kalau ikutkan..sy tau main sikit-sikit ja. Masa study di IPG dulu..adalah belajar masa GERKO tp bila masuk bab pertandingan or lawan ngan team lain..dessssssuuuppp!!!!!, hilang hehehehe. Takut team kami "menang" sbb ada org tidak pandai main hehehe. kenapa skrg main bola tampar??? sebab...main ala-ala kampung ok sikit, kalau nda pandai pun org nda kisah.Hentam seja. Lgpun main ngan cousins dan org-org kampung yg sporting..tangan mmg merah-merah kadang-kadang smpi biru-biru tapi hati puasssss....paling penting keluar peluh, boleh juga kasi kurang berat badan hehehehe..

Friday 14 October 2011

Alat bantu mengajar



Assalammualaikum...
Mau dekat-dekat hujung tahun ni...agak sibuk di Tabika. Sibuk untuk mengupgredkan murid-murid..segala fail serta persiapan untuk tahun depan. Skrg ni sy cuba-cuba buat alat bantu mengajar sendiri, ni pun kira persediaan untuk tahun depan. Walaupun tidak berapa kreatif tp mencuba juga..yang penting apa yang dibuat tu sesuai untuk tahap kanak-kanak. Kalau kita buat lawa-lawa..sarat ngan hiasan tp kalau kanak-kanak tak faham susah juga...opss, itu pun tanggungjawab guru untuk buat supaya kanak-kanak faham hehehe.


 ni antara ABM untuk subjek Matematik.....

 ni pula untuk Pendidikan Islam...skrg tengah buat ABM menggunakan tulisan jawi
 
ni biasanya ..lekat atas meja kelas supaya budak2x tu boleh tengok huruf-huruf ni bila2x masa.

InsyaAllah...dalam perancangan,mmg mau buat lebih banyak ABM.Biar penuh kelas tu dengan ABM2x...hahahaha.

Monday 26 September 2011

Pandainya...

Assalammualaikum...
Lamanya tidak update blog..almaklumlah,busy..(alasan ja). Baru-baru ni saya terlibat dengan Hari Potensi Peringkat Parlimen. Pengalaman pertama, mulanya apapun tidak tau. Datang gotong-royong dekat padang Kg.Kilimu pun paling bergaya hahaha...ngan baju kurung pasal tidak bawa baju ganti (salah sendiri). 22 September 2011, semua guru-guru Tabika KEMAS ngan anak-anak murid serta ibubapa berkumpul dekat padang. Meriahnya....antara pertandingan yang diadakan ialah pertandingan bola jaring, futsal, galah panjang dan randes..(mcm tukah ejaannya???). Saya bertugas bahagian bola jaring. Comel je tengok budak-budak bertanding. Tidak kurang juga dengan rasa kagum tengok budak-budak 5 dan 6 tahun  sdh pandai jaringkan bola dengan penuh bergaya. Ibubapa pun boleh tahan, ada yang masuk gelanggang sebab mau sokong anak masing-masing,dekat nak bergaduh dengan pengadil permainan pun ada. Terpaksalah kami yang bertugas ni bagi sound sikit Paling hebat bahagian futsal..Ronaldo, Nani, Beckham semua keluar. Saya ni bukan juga peminat bola tapi sebab budak-budak yang jadi pemain, terus jadi penyorak ditepi padang (walaupun bukan anak murid saya hehehe..). Sekarang ni pun, kulit muka masih merah sebab kena panas. Hentam sajalah.. Dari pertandingan-pertandingan ini..pemenang atau murid-murid yang terpilih akan mewakili Ranau ke pertandingan Hari Potensi Peringkat Zon yang bakal berlangsung pada hujung bulan ni atau awal bulan depan.

 cara main pun sdh mcm pemain profesional.....(cara bg semangat)

 hahaha...ada masa lucu jg tgk gelagat dorg main. Bila dpt bola berebut terus pdhal 1 team.

 Off jap..ada kemalangan kecil, kepala berlaga masa rebut bola..

permainan randes..tangkap dari jauh sbb tengah bertugas..

-permainan galah panjang tidak dapat tangkap gambar sbb jauh dihujung padang, lensa kameraku tidak mampu menzoom.

harap-harap boleh tgk lagi dorg ni beraksi untuk peringkat Zon sampai Kebangsaan......=)



Wednesday 17 August 2011

kampung vs bandar

assalammualaikum....

salam ramadhan dan selamat menyambut lebaran yang akan tiba nanti. Pejam celik, pejam celik da masuk 3 minggu kita berpuasa dan 3 minggu jugalah sy bertugas di Tabika KEMAS Kg.Nampasan Lama, Ranau. Bukan mudah untuk menabur bakti dengan anak-anak kecil ni. Terutamanya anak-anak kampung yang biasa bermesra dengan alam...wah hehehe. Kali pertama datang, risau tengok jalan raya yang malar naik bukit. Tp skrg, jalan tu sdh biasa. Cumanya, sy perlu menambahkan kekuatan fizikal dan mental, kesabaran dan ketabahan. Anak-anak murid semua baik...cumanya keaktifan mereka membuatkan sy penat 2 kali ganda dr kebiasaan. Masa praktikum dulu, latihan mengajar sy buat dikawasan bandar. Jd cabarannya berbeza. Antara semua anak-anak murid sy, ada seorang yg special. Umur dia da 5 tahun tapi tahap pemikiran baru 3 tahun. Kalau kita tumpukan perhatian dengan murid-murid lain, tidak sedar dia hilang...rupa-rupanya, syok ja dia main air sabun di tandas...hahaha. Kadang-kadang syok juga berbalas-balas cakap ngan dia ni sbb dia ckp pun tidak lancar (baby talk). Ada jg yg datang sekolah, hingus meleret sampai ke pipi...strategi, puji2x sikit pastu suruh cuci muka hahaha...kalau bah panjat-memanjat ni jangan cerita. Setakat meja ngan kerusi dalam kelas tu..main langkah ja. Volume suara sy pun kadang-kadang sampai ke sekolah rendah pun dengar...tambah-tambah masa puasa ni...apa-apa pun, pengalaman ini merupakan pengalaman yang menarik. InsyaAllah, next year..sy akan guna cara sy pula (skrg smbung pengajaran cikgu yg sebelum ni, so kena ikut rentak dia).



P/S: belajar untuk mencintai apa yang kita miliki.

Saturday 6 August 2011

puasa dan sekolah

Assalammualaikum wbt..
pejam celik..pejam celik sdh seminggu kita berpuasa. Alhamdulillh, setakat ni..ibadah puasa berjalan dengan baik. 1 Ogos lalu, sy ke Kota Kinabalu untuk menghadiri taklimat kerja. Happynya dapat jumpa kawan-kawan. Hari tu juga kami dapat penempatan. Actually sy da tau tempat sy bertugas tp tidak tau tempat tu di mana. Tabika KEMAS Kg Nampasan Lama, Ranau. Google...owh, Jalan Tambunan tp masih belum dapat bayangkan mcm mana tempat tu. Petang tu, smpi ja dari KK ke Ranau, terus lapor diri di Jabatan KEMAS Daerah. Besoknya masuk Office. Selasa, pg sekolah...huhuhuhu. Berdebar-debar rasa dijiwa. Sy ngan pembantu sy tumpang kereta sorg guru yng mengajar d SK Nampasan. First time sampai, mmg terkejut sbb jalan untuk ke sana malar naik bukit. Sampai di tabika. Anak-anak murid da tunggu. Dorg semua fasih berbahasa dusun...kalah diri ini. Dorg lagi aktif dr budak-budak yang pernah sy ajar masa praktikum dulu..maklumlah..anak-anak kg mmg lebih lasak, lebih cergas dr anak-anak bandar. Alhamdulillah..penerimaan dorg terhadap sy, sangat baik...mcm-mcm ragam ada..hahahaa. Harapan sy, sy dapat menabur bakti dengan sebaiknya. Tema minggu ini "KENDERAAN DI UDARA"...jom cari BBM dan idea untuk mengajar.

Monday 25 July 2011

suasana baru

Assalammualaikum....=)
Apa khabar semua???...rasa mcm da lama tidak post dalam blog ni. Skrg ni agak sibuk sbb baru masuk rumah baru. Jd kerja susun-menyusun, kemas-mengemas mmg berlambak. Alhamdulillah, setakat ni semua rancangan berjalan lancar. Sy pun puas hati sbb dpt siap cat, susun, dan kemas bilik sendiri. Kerja cat-mengecat ni mmg bukan kerja mudah tapi semua itu pengalaman...skrg da tau mcm mana nak mengecat dgn betul...hehehe. Suasan baru ni mmg meriah sbbnya rumah saudara-mara dekat ja. Senang nak berkumpul. Apa pun, rumah lama tetap dirindui sbbnya dkt rumah lama ada nenek ngan datuk. Rumah baru terletak atas bukit..bangun pagi, berlaga gigi sbb sejuk.Selimut kena tebal kalau tidak, senang kena selesama, demam etc...(sepa-sepa yang antibodynya kurang kuat).

 Pemandangan dari jendela bilik

 Kampung Libang, Ranau

 Pemandangan diwaktu pagi

hujan di situ

gambar-gambar ni semua diambil sepanjang seminggu disini. Kelmarin, untie buat kenduri doa selamat. Meriahnya bila ramai saudara-mara datang sama-sama membaca Surah Yassin dan doa untuk kesejahteraan bersama. Penat layan karenah anak-anak buah yang pelbagai. Paling best bila sy ngan cousins sama-sama panggang ikan ngan sayap ayam...

 sdh masak atau belum ni ar?????

sepa yg kena kipas ni????org kah ikan???hehehehe

Actually bnyk lg gmbr lain tp line broadband begitu menghampakan buat masa ini. See you all next time with new story and new picture...wasalam..


p/s: seminggu lagi Ramadhan akan tiba..=)


Wednesday 6 July 2011

Ulangkaji

Assalammualaikum...

Sy baru saja selesai mencari segala maklumat tentang tugasan yg mau disiapkan...huhuhu. Bahaya juga ni, macam lama da tinggalkan aktiviti membuat tugasan ni pdhal baru beberapa bulan. Yalah, duduk d rumah ja manalah ada tugasan macam d IPG dulu. Ni pun nasib baik ada org bg kerja, kalau tidak..nda tau mau buat apa. Buka balik buku Psikologi Pendidikan, baca tentang teori pembelajaran behavioris ngan teori pembelajaran kognitif. Pening....(*_*)~~. Ni belum start bc tentang Bimbingan Dan Kaunseling, pastu Pedagogi. Tidak apalah, sekurang-kurangnya, ilmu tu terREFRESH balik. Rindu mau buat assigment pun terubat...





 

cuba teka siapakah mereka-mereka ini????
cer teka..cer teka...

Saturday 11 June 2011

Ikan pandai mengurut

Assalammualaikum....

Kalau baca tajuk..mcm pelik kan??? ikan pandai mengurut. Begini ceritanya, Kelmarin..sy ngan Umi serta 4 org adik-beradik nak pergi ke Kg Luanti nak pg ke rumah sepupu. Kebetulan sepupu kami ni buka gerai dekat kawasan sungai. Kami pun singgah. Sepanjang sungai ni, ada 1 kawasan yg air dia agak tenang. Banyak ikan sungai dkt situ. Kawasan ni ditutup dan dikawal untuk aktiviti mengurut ngan ikan. Sebenarnya, sy dah banyak kali dtg sini tp belum pernah mengurut. Jd kelmarin, mencuba mcm mana rasa diurut ikan. Mula-mula masuk dalam sungai, tak rasa apa. Syok jalah sbb banyak ikan dtg dkt kita. Lama-lama.....ikan-ikan tu mula fokus dkt kaki. Geli ada, sakit pun ada. Kena tahan hatilah kalau nak kaki kita bersih huhuhu. setiap group diberi masa 15 minit ja sbb ramai lg org tunggu giliran..maklumlah, cuti sekolah. Kalau ikutkan, kami ni boleh masuk free...ikut sepupu tp tak apalah, kali ni kami byr masuk..nnti kami nak free hehehe. Dkt kwsn tu juga ada air terjun 5 tingkat tp takda kawan nak pg. Lepas mengurut, naik jambatan gantung..tinggi~~. Lepas tu, main bot angin dlm swimming pool. Then, temankan anak buah pg mandi sungai. Kira bestlah tmpt ni, siapa-siapa yg nak menyanyi..set karaoke ada disediakan. Wah...mcm buat promosi pula. Petangnya, barulah kami dtg menziarahi rumah sepupu.


nilah ikan yg pandai mengurut tu...maaflah, kurang jelas

tu..ikan-ikan berenang mencari mknn

sempat pose, pdhal menahan perasaan sbb ikan-ikan bt projek di bwh

jambatan gantung, boleh skodeng org mandi..(x senonoh sungguh)

mandi, berkelah pun boleh..free ja

pandaikah main benda ni???

best tp kwsn ni kecil ja..

penat da, makan nasi lemak tepi sungai



siapa-siapa yg berminat nak dtg...dtglah ke SUNGAI TAGAL KG LUANTI, RANAU. Tidak jauh dr tmpt ni..SABAH TEH...

Friday 10 June 2011

Dari tanah rata ke tanah tinggi

Assalammualaikum....

Sejak post tentang "kehilangan yg tak disangka", rasa mcm berat nak buat post baru. Tapi, tak guna kita bersedih, apa yg penting DOA kita sentiasa bersama mereka..InsyaAllah. Alhamdulillah, rumah yg masih dlm pembinaan hampir siap. InsyaAllah, sebelum tiba bulan Ramadhan nnti..kami sekeluarga akan berpindah ke rumah baru yang terletak diatas bukit. Bukit tu tidaklah tinggi sangat tp cukup untuk membuat org yg agak kurg tenaga ni tercungap-cungap. Rumah yg skrg ni lokasinya tanah rata, tiada bukit. Jalan rata smpilah dkt simpang ke Pekan..(pg pkn ada bukit sikit). Sebelum berpindah...kami kenalah bersiap sedia. Barang-barang yg nak dibawa ke rumah baru kena angkat awal-awal. Barang-barang yg nak dibawa nnti kena audit, segala komik-komik bg ngan siapa-siapa yg nak. Barang-barang yg kurg penting...tak perlu bawa. Sedih jg nak tinggalkan rumah lama ni, lgpun datuk ngan nenek duduk sekali (mmg rumah datuk ngan nenek). Bila sdh pindah, dorg masih dkt rumah lama. Takpa-takpa, InsyaAllah...cucu-cucunya ni rajin dtg lawat. Apa yg bestnya bila rumah atas bukit ni...sejuk, sdgkan rumah skrg pun sejuk apalg atas bukit. Dari balkoni, boleh tgk pemandangan Pekan Ranau. Dekat ngan rumah family..pasal ramai family buat rumah atas bukit ni jg. Bolehlah nnti exercise..jogging petang-petang (InsyaAllah, jika rajin). Paling best, sy ada bilik sendiri..=). Skrg tgh kumpul duit untuk beli perabot dlm bilik...nak cari kerja part time sbb posting pun belum pasti bila. Harap-harap dpt jumpa kerja part time.

Gambar ni sekadar hiasan..rumah kami biasa ja, tidaklah secantik ini tp alhamdulillah...cukup untuk berteduh.



P/S: al-Fatihah untuk arwah sahabat sy, NurJuhuriah Binti Abdul Kal.

Friday 3 June 2011

Kehilangan yg tidak disangka

Assalammualaikum...
Berat hati mau cerita tp tiada teman disisi untuk berkongsi kedukaan. Disaat ini, perasaan ingin bertemu dengan rakan-rakan KDPM Prasekolah KEMAS begitu memuncak. Ingin menangis bersama....Kelmarin, sdg sibuk melayan adik bongsu ditingkat bawah, tiba-tiba terasa nak check handphone. Rupanya, salah seorg sahabat menelefon. Sambut ja panggilan, kedengaran esakan..KENAPA????. Rasa terkejut yg amat sangat bila sahabat sy memberitahu, salah seorg kwn sekelas kami terlibat dalam kemalangan jalan raya dan meninggal dunia. Ya Allah....sangat-sangat tidak percaya. Sy telefon semua rakan-rakan, ada yg menangis, ada yg masih tidak percaya dan ada yg terkejut sbb baru tahu. Sy seorg yg tidak mudah menangis tp kehilangan yang tidak disangka ini, betul-betul mengejutkan. Air mata tidak dapat dihalang. Sahabat kami ini baik orgnya, semua org suka. Berbakat dan tidak suka menyakitkan hati org lain. Hari-hari terakhir kami bersama, dia kelihatan sangat gembira dan ceria. Sy menghubungi beberapa org pensyarah yang sangat rapat dengan kami semua. Masa nak bgtau berita sedih tu...sy rasa mcm sedang menipu sbb diri sndiri masih belum terima bahawa arwah sudah tiada. Hari ini, Jenazah akan dikebumikan di kampung halaman. Sy sangat terkilan sbb tidak dapat menziarahi arwah buat kali terakhir. Hanya pesanan dan makluman dr kawan-kawan yg dtg berziarah menjadi penghubung. Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan, Mr. Bong Koi Sin telefon bertanyakan apa yg telah berlaku. Sy hanya jawab setakat yg termampu. Bila dengar suara Mr.Bong yg serak menahan sebak..sy pun ikut menangis sama. Kehilangannya begitu terasa. Dalam kelas, kami seramai 15 org..oleh kerana bilangan kami sedikit, ukhuwah diantara kami sangat erat. Pelbagai dugaan dan cabaran telah kami tempuhi bersama. Terkilan sbb arwah tidak sempat menggengam diploma yg bakal kami terima pada hujung tahun ini. Penat menahan sedih..kepala pun sakit berfikir. Allah lebih sayangkan dia, dariNya kita datang, padaNya juga kita kembali. Bila-bila masa kita akan menyusulinya......

Pertemuan pertama ke-2 yg mengeratkan silaturrahim antara kami

Penglibatan pertama kami semasa berada di semester 1 lawatan ke Prasekolah Yayasan Sabah

Aktiviti terakhir kami, makan tengahari bersama. Gambar terakhir kami berkumpul bersama arwah

Gambar terakhir yg sy edit untuk semua kawan-kawan.


3 Jun 2011, perginya seorg sahabat...semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama hambaNya yang beriman. Banyakkan doa untuk arwah NurJuhuriah binti Abdul Kal..al-Fatihah

Saturday 28 May 2011

Bina Masjid

Assalammualaikum..
Cerita psl bina masjid...bukan bina masjid betul-betul. Ni sinonim ngan org-org yg mau mendirikan rumahtangga. Napa sy buka cerita psl kahwin???. Sbbnya, skrg dah mula cuti persekolahan. Masa-masa ginilah, tmpt sy riuh ngan paluan gong. Gong???..adat org Sabah, bila ada perkahwinan mesti ada gong. Dgn itu, org ramai tau ada majlis perkahwinan yg sdg berlangsung. Kebiasaan pasangan pengantin akan diarak keliling pekan dgn paluan gong. Kalau time cuti-cuti mcm ni, hampir tiap hari ada konvoi pengantin ngan gong berarak dkt pekan. Meriah gtu.. Sy dan keluarga ada menerima beberapa kad jemputan kahwin. InsyaAllah, andaikata tidak ada aral melintang..sampai jg kami dkt rumah pengantin. Problemnya, sehari smpi 2 majlis kahwin yg berlainan tempat. Kalau mcm ni keadaannya, ada baik ngan ada buruknya bila jemputan ke majlis bertembung. Baiknya..kita tak payah susah-susah masak dkt rumah. Tuan rumah siap bg bekal lauk-pauk lg. Tp yg buruknya, org mcm sy ni yg tiada kenderaan. Mcm mana nak berkejar untuk memenuhi semua jemputan. Walimah yg baik kita wajib penuhi jemputan. Tp apakan daya, andaikata ada rezeki sy ngan keluarga untuk dtg ke majis..Alhamdulillah. Andaikata tidak ada rezeki, kami doakan semoga berbahagia dan kekal hingga ke akhir hayat..InsyaAllah, amin... Nanti cuti hujung tahun, tak pun masa raya nnti..akan kedengaran lg paluan gong hehehe..

Apabila 2 hati bertemu atas 1 matlamat kerana Allah, itulah kebahagiaan..



"SELAMAT PENGANTIN BARU"

Wednesday 25 May 2011

masa lapang

Assalammualaikum...

Cerita tentang masa lapang, yalah..sy skrg da ada dkt kg. Rindu yang teramat dengan suasana dkt IPG, dkt dorm, dkt kelas, dkt cafe dan dkt sklh (masa praktikum). Bila busy, kita fikir..bilalah mau habis study ni. Skrg, sdh habis study. Tunggu konvo ngan posting ja lg. Dengar khbr, konvo Bulan Julai ni tp posting mungkin Bulan Oktober..wah, lamanya. Sempat jd penternak berjaya, ternak lemak dkt badan huhuhu. Nmpknya, kena rajin puasa sunat ni hehehe..(opsss..niat kena betul). Stkt ni, aktiviti yg da sy buat..paling lasak, mengecat rumah baru. Nak jimat koslah katakan..Selain tu, jd surirumahlah..masak, kemas..semua bg ngan sy. Kalau sdh tidak tau mau buat apa, pg melayan kucing-kucing ngan arnab yg ada huhuu. Sy ada upload pic kucing-kucing yg ada d rumah..kucing biasa ja..actually teringin ada seekor kucing parsian...huhu


 Ni anak kucing dkt rumah..kesian, kurg zat. Pdhal mak dia kena bg mkn jg

 Keykey..kucing mix parsian. Entah kucing mana punya kerja, dah bunting. Bila dah sarat, dia jd kurg aktif tp kuat tidur

 Ni kucing nenek sy..yg ni gemuk pula..aktif lg

 Yg seekor kuat, yg seekor lg lemah..nak gerak pun susah

Hahahaha...smpt posing

Apalah cerita cikgu diza ni..sepatutnya cerita mesti bnyk ttng sklh, P&P, anak murid, BBM tp melatut smpi cerita anak kucing..huhuhu. Sorry semua. Selagi belum posting, mmg post semua ttmg diri sndiri...=)


P/S: cuti sklh dah dekat...SELAMAT BERCUTI SEMUA!!!!


Monday 16 May 2011

16 Mei hari guru dan.....

Assalammualaikum...=)


Walaupun skrg da 17 Mei 2011 tp rasanya belum terlambat untuk mengucapkan HAPPY TEACHER'S DAY untuk semua pendidik seMalaysia. Actually mmg mau post smlm tp tidak larat sbb balik agak lewat dr Jamuan Hari Guru SKSG. Tidak apalah, yang penting ada post hehehe. Adeh..dr post-post yg lepas, sy ckp nilah kali terakhir diIPG Kampus Gaya tp masih disini jg hahahahaha. Bru kelmarin segala program diIPG tamat. Kawan-kawan pun ramai da yang balik kg tp sy masih disini. Kenapa??? sbb bnyk kerja tak selesai lg huhuhuhu..sabo jelah. Ok..ok, mari, sy mau cerita apa yg berlaku kelmarin. Pagi-pagi kena kejutan sbb...kain baju yg sy jemur di luar bilik kena rampas oleh warden hostel hahahaha..first time dlm sejarah sy diIPG ni. Adeh....akibat menjemur ditempat yg tidak sepatutnya melayang duit huhu. Jam 1, kami (Opsyen KDPM Prasekolah KEMAS, KPLI BI kump 1 dan 2)  kena bersedia di depan dewan untuk program AADK ke PUSPEN, Kimanis, Papar. Masa tunggu bas yg agak lmbt ketibaannya..kami sempat beramah-mesra dgn lecturer baru dr AUSTRALIA. Bestnya borak ngan dia..sygnya  dia tidak sempat jd lecturer kami.

nice to meet you sir Barry W Jarret

Nak dekat Jam 2 barulah muncul bas kitaorg, dalam jadual sepatutnya bertolak Jam 1. Adakah ini yg dinamakan sebagai janji Melayu???. Ingatkan perjalanan dr KK ke PUSPEN ni dekat. Rupa-rupanya..jauh jg. Ada lg yg sempat mabuk jalan. Jam 3 lebih, kitaorg smpi dan sepatutnya program tamat Jam 4. Ahaks...da dtg jauh-jauh takkan mau melawat stkt 30 minit jakan...pas taklimat, kitaorg dibw melawat sekitar PUSPEN. Kitaorg tidak dibenarkan snap pic. Takut juga tgk penghuni-penghuni di sana. Sempat tgk mcm mana org yg ketagihan dadah ni nak bersihkan toksin dalam badan dia..huhuhu. Lebih kurang Jam 5 lebih, lawatan kitaorg tamat. Jom balik!!!.

 sempat pose..zira, kak sue, wani dan connie

 kak ita, chombee, fiza dan kak mary

 james, niza, seha, sy , lis dan ayu

 aktiviti dalam bas..melantak mknn

 dpt snap pic masa balik ja haha

 apa itu PUSPEN...????bc ni.

 meh balik!!!

Sampai kat hostel lebih kurg Jam 6 lebih..Maghrib pun dah masuk. Rasa nak rehat ja tp malam ni ada invitation Majlis Hari Guru SKSG. Smlm pun ada tp tak dapat hadir, GB pun ada tanya ngan Cikgu Dayang (guru pembimbing masa praktikum). Demi mu GB, kami datang jua hahaha. Keluar ja dr kereta, semua fokus kat kami..apasal guru pelatih dtg ni???. Segannya tahap gaban. Tp sdh terlanjur smpi, nasib baik GB dtg kat kami huhuhu...majlis ni mmg meriah. Tempat mcm hotel 5 bintang pdhal dkt kantin sklh ja. Menu semua sedap-sedap belaka. Kami semeja ngan guru pengganti..tidak ingat pula sepa nama  dia..sy panggil cikgu Roy jalah, cikgu Mutahar, cikgu Aminuddin ngan ustaz Zahar. MC cikgu Nurikah ngan cikgu Musa..lawak pecah perut. Dorg buat penyampaian anugerah guru mcm penyampaian anugerah ABPBH. Sy pun kena jg..adeh..digandingkan ngan cikgu Roy. Bergegar lutut bercakap depan guru-guru SKSG tp da ada depan mikerofon..hentam saja. Dorg buat cabutan bertuah..cikgu Dayang dpt 1. Jam 11, kitaorg balik..huhuhu. tak tahan da. Penat betul.. Apa-apa pun terima kasih GB ngan Kelab KIT KAT sebab alu-alukan kehadiran kami.. Jasa mu dikenang.

 nilah suasana Majlis Hari Guru SKSG

 mcm hotel 5 bintang gtu

 oppss..gelap pula pic ni..sorry BG

masa sy ngan cikgu Roy jd penyampai anugerah Guru Penyayang

 tulah roundabout yg sy ngan Fiza mau siapkan...cun pula hahaha

P/S: sy menghabiskan masa sorg-sorg dlm dorm, sedih sbb plan hari ni tak jd. Patutnya hari ni mau terminate brdband tp semua member kuar bw haluan masing-masing..yg sdh balik pun ramai..huhuhuhu...Happy Wesak Day.