The MEDIOCRE teachers TELL, The GOOD teachers EXPLAIN,
The SUPERIOR teachers DEMONSTRATE, The GREAT teachers INSPIRE..

Sunday 1 May 2011

Student life Part 1

Assalammualaikum...=)
Oleh kerana kehidupan saya sebagai guru pelatih diIPG Kampus Gaya akan berakhir kurang dari 3 minggu, saya nak kongsikan tentang aktiviti-aktiviti yang pernah saya lalui bersama kawan-kawan sepanjang bergelar guru pelatih. Aktiviti-aktiviti ni semua FIRST TIME saya buat sebab dulu masa sekolah menengah aktiviti-aktiviti macam ni tidak diadakan..(dulu sekolah diSEMEKAR, mau tau apa tu SEMEKAR..google ja hehe). Aktiviti pertama, BERKAYAK...oleh kerana semua guru pelatih WAJIB mengikuti BIG aka Bina Insan Guru, maka aktiviti berkayak ni wajib disertai...huhuhu. Teori selama sejam tidak cukup meyakinkan saya untuk berkayak. Berdebar-debar rasanya bila tengok perahu kayak tu. Cabaran bila opsyen kami ni tiada guru pelatih lelaki huhu..terpaksa mengangkat sendiri perahu kayak tu lalu jalan besar sampai ke sungai...jauh tu~~~. Jantung rasa mcm mau terpelanting tengok air sungai yang hitam dan dalam..aduh. Peringatan...ni muara sungai, dorg cakap ada buaya..umi~~mau balik. Mcm Tuhan nak menguji kekuatan saya sebab ramai-ramai peserta, saya ngan partner terpilih jadi couple pertama yang turun dalam air...bergegar lutut tapi oleh kerana kita ni hanyalah orang yang menurut perintah..turun juga. Dalam hati Tuhan ja yg tahu. Bila sdh atas kayak, dalam air..ada sikit kelegaan sebab rasa mcm kerisauan tu berkurangan. Then, peserta lain pun ada keyakinan bila nmpk sy ngan partner berkayak...huhuhu..paling tidak dpt dilupakan bila kitaorg buat latihan kecemasan (kayak terbalik). Adalah peristiwa yg berlaku tapi tidak mau bg cerita ni panjang sangat..akhirnya aktiviti ni selesai dgn jayanya..lebih membanggakan kitaorg dpt pujian dari semua jurulatih sebab opsyen kami, walaupun semua perempuan tapi semangat mcm lelaki hehehe...(bila balik IPG, masuk perhimpunan..semua org hairan tgk opsyen kami cover muka..pasal apa??? terbakar lerr huhu)
ni masa rest..punyalah susah nak parking jd pnjg mcm ni..

sambung lagi..aktiviti seterusnya ialah jeng..jeng..jeng MENARI. Aktiviti ni biasa ja tp bkn kebiasaan bg saya.sepanjang hidup..(Alhamdulillah, pnjg umur)..bila masuk IPG ni baru belajar menari. Badan pun keras mau buat bunga-bunga tu semua. Masa latihan, saya joinlah mcm biasa sbb ada penilaian, tp bila mau buat perfomance..saya orang pertama lari pergi belakang..selamatlah dari sem 1 sampai sem 4. Masuk sem 5, entah mcm mana terpilih jd penari untuk TARIAN DALING-DALING sempena Pesta Kaamatan Peringkat IPG..adeh. Jurulatih kitaorg pula tidak mau tukar org..(T.T). Masa perfomance, dewan penuh..buat-buat cool jalah. Masa mau masuk stage, terpijak pin..(org yg buat perfomance sblm tu yg tercicir). Mcm kena renjatan elektrik. Spontan kaki tendang pin pg blkg stage haha..alamak, lupa yg ada beberapa kamera yg sedang m'rakam masa tu..apa boleh buatlah huhu. Lebih kurang 3 minit lebih atas stage, perfomance habis~~lega. Sem 6 ni pun kena jg..TARIAN ZAPIN dpn org-org besar lg..tak apalah PENGALAMAN.
 ni masa tarian Daling-daling..

seterusnya ialah DRAMA MUZIKAL..drama tu sdh biasa, masa sklh menengah dulu mmg sllu berlakon drama tp muzikal tu yg susahnya. Mau melontarkan vokal tu bukan senang apalagi sambil menyanyi kita bergerak sana-sini. Ni assigment Pendidikan Muzik sem 5. Latihan seminggu..(yg seriouslah..), buat costum sehari sebelum perfomance then perhiasan stage bbrp jam sblm perfomance..(masa tu mmg singkat sngt, smpt lg melayan perasaan..sdh tertekanlah katakan). Drama muzikal ni arahan Puan Lucy, pensyarah Pendidikan Muzik kitaorg..as we know, opsyen kami tiada student lelaki jd segala kerja..angkat kerusi, pnjt tangga..semua kami buat sndiri (kudrat 15 org guru pelatih). Ingatkan tidak ramai yang dtg tgk perfomance kami, rupanya ramai jg yg dtg bagi support. Saya peggang watak bunga mawar..(senang ja watak ni, duduk..goyang kiri kanan then nyanyi), tp last minit dpt watak berdialog..jd jumanji (ganti org sbb kwn-kwn ckp kalau sy join jd jumanji dorg dpt aura..wahahaha..dorg ckp, bkn sy hehe). Akhirnya, perfomance drama muzikal bertajuk "BERMAIN WAKTU MAGHRIB" selesai....confirm semua dpt A+ hehe...
 ni picture selepas selesai perfomance drama muzikal "Bermain Waktu Maghrib"..terharunya sbb Ketua Jbtn dan Pensyarah Penyelaras turut hadir mlm tu..

 picture ni masa latihan, sempat posing ngan tanduk merah

rasanya..pnjg da cerita ni. Jadi saya stop disini dulu. Nanti saya sambung lg cerita STUDENT LIFE PART II.

Wasalam

No comments:

Post a Comment