The MEDIOCRE teachers TELL, The GOOD teachers EXPLAIN,
The SUPERIOR teachers DEMONSTRATE, The GREAT teachers INSPIRE..

Saturday, 11 June 2011

Ikan pandai mengurut

Assalammualaikum....

Kalau baca tajuk..mcm pelik kan??? ikan pandai mengurut. Begini ceritanya, Kelmarin..sy ngan Umi serta 4 org adik-beradik nak pergi ke Kg Luanti nak pg ke rumah sepupu. Kebetulan sepupu kami ni buka gerai dekat kawasan sungai. Kami pun singgah. Sepanjang sungai ni, ada 1 kawasan yg air dia agak tenang. Banyak ikan sungai dkt situ. Kawasan ni ditutup dan dikawal untuk aktiviti mengurut ngan ikan. Sebenarnya, sy dah banyak kali dtg sini tp belum pernah mengurut. Jd kelmarin, mencuba mcm mana rasa diurut ikan. Mula-mula masuk dalam sungai, tak rasa apa. Syok jalah sbb banyak ikan dtg dkt kita. Lama-lama.....ikan-ikan tu mula fokus dkt kaki. Geli ada, sakit pun ada. Kena tahan hatilah kalau nak kaki kita bersih huhuhu. setiap group diberi masa 15 minit ja sbb ramai lg org tunggu giliran..maklumlah, cuti sekolah. Kalau ikutkan, kami ni boleh masuk free...ikut sepupu tp tak apalah, kali ni kami byr masuk..nnti kami nak free hehehe. Dkt kwsn tu juga ada air terjun 5 tingkat tp takda kawan nak pg. Lepas mengurut, naik jambatan gantung..tinggi~~. Lepas tu, main bot angin dlm swimming pool. Then, temankan anak buah pg mandi sungai. Kira bestlah tmpt ni, siapa-siapa yg nak menyanyi..set karaoke ada disediakan. Wah...mcm buat promosi pula. Petangnya, barulah kami dtg menziarahi rumah sepupu.


nilah ikan yg pandai mengurut tu...maaflah, kurang jelas

tu..ikan-ikan berenang mencari mknn

sempat pose, pdhal menahan perasaan sbb ikan-ikan bt projek di bwh

jambatan gantung, boleh skodeng org mandi..(x senonoh sungguh)

mandi, berkelah pun boleh..free ja

pandaikah main benda ni???

best tp kwsn ni kecil ja..

penat da, makan nasi lemak tepi sungai



siapa-siapa yg berminat nak dtg...dtglah ke SUNGAI TAGAL KG LUANTI, RANAU. Tidak jauh dr tmpt ni..SABAH TEH...

Friday, 10 June 2011

Dari tanah rata ke tanah tinggi

Assalammualaikum....

Sejak post tentang "kehilangan yg tak disangka", rasa mcm berat nak buat post baru. Tapi, tak guna kita bersedih, apa yg penting DOA kita sentiasa bersama mereka..InsyaAllah. Alhamdulillah, rumah yg masih dlm pembinaan hampir siap. InsyaAllah, sebelum tiba bulan Ramadhan nnti..kami sekeluarga akan berpindah ke rumah baru yang terletak diatas bukit. Bukit tu tidaklah tinggi sangat tp cukup untuk membuat org yg agak kurg tenaga ni tercungap-cungap. Rumah yg skrg ni lokasinya tanah rata, tiada bukit. Jalan rata smpilah dkt simpang ke Pekan..(pg pkn ada bukit sikit). Sebelum berpindah...kami kenalah bersiap sedia. Barang-barang yg nak dibawa ke rumah baru kena angkat awal-awal. Barang-barang yg nak dibawa nnti kena audit, segala komik-komik bg ngan siapa-siapa yg nak. Barang-barang yg kurg penting...tak perlu bawa. Sedih jg nak tinggalkan rumah lama ni, lgpun datuk ngan nenek duduk sekali (mmg rumah datuk ngan nenek). Bila sdh pindah, dorg masih dkt rumah lama. Takpa-takpa, InsyaAllah...cucu-cucunya ni rajin dtg lawat. Apa yg bestnya bila rumah atas bukit ni...sejuk, sdgkan rumah skrg pun sejuk apalg atas bukit. Dari balkoni, boleh tgk pemandangan Pekan Ranau. Dekat ngan rumah family..pasal ramai family buat rumah atas bukit ni jg. Bolehlah nnti exercise..jogging petang-petang (InsyaAllah, jika rajin). Paling best, sy ada bilik sendiri..=). Skrg tgh kumpul duit untuk beli perabot dlm bilik...nak cari kerja part time sbb posting pun belum pasti bila. Harap-harap dpt jumpa kerja part time.

Gambar ni sekadar hiasan..rumah kami biasa ja, tidaklah secantik ini tp alhamdulillah...cukup untuk berteduh.



P/S: al-Fatihah untuk arwah sahabat sy, NurJuhuriah Binti Abdul Kal.

Friday, 3 June 2011

Kehilangan yg tidak disangka

Assalammualaikum...
Berat hati mau cerita tp tiada teman disisi untuk berkongsi kedukaan. Disaat ini, perasaan ingin bertemu dengan rakan-rakan KDPM Prasekolah KEMAS begitu memuncak. Ingin menangis bersama....Kelmarin, sdg sibuk melayan adik bongsu ditingkat bawah, tiba-tiba terasa nak check handphone. Rupanya, salah seorg sahabat menelefon. Sambut ja panggilan, kedengaran esakan..KENAPA????. Rasa terkejut yg amat sangat bila sahabat sy memberitahu, salah seorg kwn sekelas kami terlibat dalam kemalangan jalan raya dan meninggal dunia. Ya Allah....sangat-sangat tidak percaya. Sy telefon semua rakan-rakan, ada yg menangis, ada yg masih tidak percaya dan ada yg terkejut sbb baru tahu. Sy seorg yg tidak mudah menangis tp kehilangan yang tidak disangka ini, betul-betul mengejutkan. Air mata tidak dapat dihalang. Sahabat kami ini baik orgnya, semua org suka. Berbakat dan tidak suka menyakitkan hati org lain. Hari-hari terakhir kami bersama, dia kelihatan sangat gembira dan ceria. Sy menghubungi beberapa org pensyarah yang sangat rapat dengan kami semua. Masa nak bgtau berita sedih tu...sy rasa mcm sedang menipu sbb diri sndiri masih belum terima bahawa arwah sudah tiada. Hari ini, Jenazah akan dikebumikan di kampung halaman. Sy sangat terkilan sbb tidak dapat menziarahi arwah buat kali terakhir. Hanya pesanan dan makluman dr kawan-kawan yg dtg berziarah menjadi penghubung. Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan, Mr. Bong Koi Sin telefon bertanyakan apa yg telah berlaku. Sy hanya jawab setakat yg termampu. Bila dengar suara Mr.Bong yg serak menahan sebak..sy pun ikut menangis sama. Kehilangannya begitu terasa. Dalam kelas, kami seramai 15 org..oleh kerana bilangan kami sedikit, ukhuwah diantara kami sangat erat. Pelbagai dugaan dan cabaran telah kami tempuhi bersama. Terkilan sbb arwah tidak sempat menggengam diploma yg bakal kami terima pada hujung tahun ini. Penat menahan sedih..kepala pun sakit berfikir. Allah lebih sayangkan dia, dariNya kita datang, padaNya juga kita kembali. Bila-bila masa kita akan menyusulinya......

Pertemuan pertama ke-2 yg mengeratkan silaturrahim antara kami

Penglibatan pertama kami semasa berada di semester 1 lawatan ke Prasekolah Yayasan Sabah

Aktiviti terakhir kami, makan tengahari bersama. Gambar terakhir kami berkumpul bersama arwah

Gambar terakhir yg sy edit untuk semua kawan-kawan.


3 Jun 2011, perginya seorg sahabat...semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama hambaNya yang beriman. Banyakkan doa untuk arwah NurJuhuriah binti Abdul Kal..al-Fatihah

Saturday, 28 May 2011

Bina Masjid

Assalammualaikum..
Cerita psl bina masjid...bukan bina masjid betul-betul. Ni sinonim ngan org-org yg mau mendirikan rumahtangga. Napa sy buka cerita psl kahwin???. Sbbnya, skrg dah mula cuti persekolahan. Masa-masa ginilah, tmpt sy riuh ngan paluan gong. Gong???..adat org Sabah, bila ada perkahwinan mesti ada gong. Dgn itu, org ramai tau ada majlis perkahwinan yg sdg berlangsung. Kebiasaan pasangan pengantin akan diarak keliling pekan dgn paluan gong. Kalau time cuti-cuti mcm ni, hampir tiap hari ada konvoi pengantin ngan gong berarak dkt pekan. Meriah gtu.. Sy dan keluarga ada menerima beberapa kad jemputan kahwin. InsyaAllah, andaikata tidak ada aral melintang..sampai jg kami dkt rumah pengantin. Problemnya, sehari smpi 2 majlis kahwin yg berlainan tempat. Kalau mcm ni keadaannya, ada baik ngan ada buruknya bila jemputan ke majlis bertembung. Baiknya..kita tak payah susah-susah masak dkt rumah. Tuan rumah siap bg bekal lauk-pauk lg. Tp yg buruknya, org mcm sy ni yg tiada kenderaan. Mcm mana nak berkejar untuk memenuhi semua jemputan. Walimah yg baik kita wajib penuhi jemputan. Tp apakan daya, andaikata ada rezeki sy ngan keluarga untuk dtg ke majis..Alhamdulillah. Andaikata tidak ada rezeki, kami doakan semoga berbahagia dan kekal hingga ke akhir hayat..InsyaAllah, amin... Nanti cuti hujung tahun, tak pun masa raya nnti..akan kedengaran lg paluan gong hehehe..

Apabila 2 hati bertemu atas 1 matlamat kerana Allah, itulah kebahagiaan..



"SELAMAT PENGANTIN BARU"

Wednesday, 25 May 2011

masa lapang

Assalammualaikum...

Cerita tentang masa lapang, yalah..sy skrg da ada dkt kg. Rindu yang teramat dengan suasana dkt IPG, dkt dorm, dkt kelas, dkt cafe dan dkt sklh (masa praktikum). Bila busy, kita fikir..bilalah mau habis study ni. Skrg, sdh habis study. Tunggu konvo ngan posting ja lg. Dengar khbr, konvo Bulan Julai ni tp posting mungkin Bulan Oktober..wah, lamanya. Sempat jd penternak berjaya, ternak lemak dkt badan huhuhu. Nmpknya, kena rajin puasa sunat ni hehehe..(opsss..niat kena betul). Stkt ni, aktiviti yg da sy buat..paling lasak, mengecat rumah baru. Nak jimat koslah katakan..Selain tu, jd surirumahlah..masak, kemas..semua bg ngan sy. Kalau sdh tidak tau mau buat apa, pg melayan kucing-kucing ngan arnab yg ada huhuu. Sy ada upload pic kucing-kucing yg ada d rumah..kucing biasa ja..actually teringin ada seekor kucing parsian...huhu


 Ni anak kucing dkt rumah..kesian, kurg zat. Pdhal mak dia kena bg mkn jg

 Keykey..kucing mix parsian. Entah kucing mana punya kerja, dah bunting. Bila dah sarat, dia jd kurg aktif tp kuat tidur

 Ni kucing nenek sy..yg ni gemuk pula..aktif lg

 Yg seekor kuat, yg seekor lg lemah..nak gerak pun susah

Hahahaha...smpt posing

Apalah cerita cikgu diza ni..sepatutnya cerita mesti bnyk ttng sklh, P&P, anak murid, BBM tp melatut smpi cerita anak kucing..huhuhu. Sorry semua. Selagi belum posting, mmg post semua ttmg diri sndiri...=)


P/S: cuti sklh dah dekat...SELAMAT BERCUTI SEMUA!!!!


Monday, 16 May 2011

16 Mei hari guru dan.....

Assalammualaikum...=)


Walaupun skrg da 17 Mei 2011 tp rasanya belum terlambat untuk mengucapkan HAPPY TEACHER'S DAY untuk semua pendidik seMalaysia. Actually mmg mau post smlm tp tidak larat sbb balik agak lewat dr Jamuan Hari Guru SKSG. Tidak apalah, yang penting ada post hehehe. Adeh..dr post-post yg lepas, sy ckp nilah kali terakhir diIPG Kampus Gaya tp masih disini jg hahahahaha. Bru kelmarin segala program diIPG tamat. Kawan-kawan pun ramai da yang balik kg tp sy masih disini. Kenapa??? sbb bnyk kerja tak selesai lg huhuhuhu..sabo jelah. Ok..ok, mari, sy mau cerita apa yg berlaku kelmarin. Pagi-pagi kena kejutan sbb...kain baju yg sy jemur di luar bilik kena rampas oleh warden hostel hahahaha..first time dlm sejarah sy diIPG ni. Adeh....akibat menjemur ditempat yg tidak sepatutnya melayang duit huhu. Jam 1, kami (Opsyen KDPM Prasekolah KEMAS, KPLI BI kump 1 dan 2)  kena bersedia di depan dewan untuk program AADK ke PUSPEN, Kimanis, Papar. Masa tunggu bas yg agak lmbt ketibaannya..kami sempat beramah-mesra dgn lecturer baru dr AUSTRALIA. Bestnya borak ngan dia..sygnya  dia tidak sempat jd lecturer kami.

nice to meet you sir Barry W Jarret

Nak dekat Jam 2 barulah muncul bas kitaorg, dalam jadual sepatutnya bertolak Jam 1. Adakah ini yg dinamakan sebagai janji Melayu???. Ingatkan perjalanan dr KK ke PUSPEN ni dekat. Rupa-rupanya..jauh jg. Ada lg yg sempat mabuk jalan. Jam 3 lebih, kitaorg smpi dan sepatutnya program tamat Jam 4. Ahaks...da dtg jauh-jauh takkan mau melawat stkt 30 minit jakan...pas taklimat, kitaorg dibw melawat sekitar PUSPEN. Kitaorg tidak dibenarkan snap pic. Takut juga tgk penghuni-penghuni di sana. Sempat tgk mcm mana org yg ketagihan dadah ni nak bersihkan toksin dalam badan dia..huhuhu. Lebih kurang Jam 5 lebih, lawatan kitaorg tamat. Jom balik!!!.

 sempat pose..zira, kak sue, wani dan connie

 kak ita, chombee, fiza dan kak mary

 james, niza, seha, sy , lis dan ayu

 aktiviti dalam bas..melantak mknn

 dpt snap pic masa balik ja haha

 apa itu PUSPEN...????bc ni.

 meh balik!!!

Sampai kat hostel lebih kurg Jam 6 lebih..Maghrib pun dah masuk. Rasa nak rehat ja tp malam ni ada invitation Majlis Hari Guru SKSG. Smlm pun ada tp tak dapat hadir, GB pun ada tanya ngan Cikgu Dayang (guru pembimbing masa praktikum). Demi mu GB, kami datang jua hahaha. Keluar ja dr kereta, semua fokus kat kami..apasal guru pelatih dtg ni???. Segannya tahap gaban. Tp sdh terlanjur smpi, nasib baik GB dtg kat kami huhuhu...majlis ni mmg meriah. Tempat mcm hotel 5 bintang pdhal dkt kantin sklh ja. Menu semua sedap-sedap belaka. Kami semeja ngan guru pengganti..tidak ingat pula sepa nama  dia..sy panggil cikgu Roy jalah, cikgu Mutahar, cikgu Aminuddin ngan ustaz Zahar. MC cikgu Nurikah ngan cikgu Musa..lawak pecah perut. Dorg buat penyampaian anugerah guru mcm penyampaian anugerah ABPBH. Sy pun kena jg..adeh..digandingkan ngan cikgu Roy. Bergegar lutut bercakap depan guru-guru SKSG tp da ada depan mikerofon..hentam saja. Dorg buat cabutan bertuah..cikgu Dayang dpt 1. Jam 11, kitaorg balik..huhuhu. tak tahan da. Penat betul.. Apa-apa pun terima kasih GB ngan Kelab KIT KAT sebab alu-alukan kehadiran kami.. Jasa mu dikenang.

 nilah suasana Majlis Hari Guru SKSG

 mcm hotel 5 bintang gtu

 oppss..gelap pula pic ni..sorry BG

masa sy ngan cikgu Roy jd penyampai anugerah Guru Penyayang

 tulah roundabout yg sy ngan Fiza mau siapkan...cun pula hahaha

P/S: sy menghabiskan masa sorg-sorg dlm dorm, sedih sbb plan hari ni tak jd. Patutnya hari ni mau terminate brdband tp semua member kuar bw haluan masing-masing..yg sdh balik pun ramai..huhuhuhu...Happy Wesak Day.


Tuesday, 10 May 2011

Belajar daripada kesilapan

Assalammualaikum.....=)
Alhamdulillah..alhamdulillah, Kursus Pergigian selesai pada hari ini. Tinggal 1 ja lg aktiviti sebelum kami meninggalkan IPG Kampus Gaya, Kota Kinabalu iaitu Lawatan ke Pusat Serenti, Papar dan rumah anak yatim. Aktiviti semasa Kursus Pergigian hari ini ialah pertandingan Mikro Teaching antara opsyen. Opsyen yg terlibat ada 3 iaitu KPLI Pengajian Bahasa Inggeris (SR) kumpulan 1, KPLI Pengajian Bahasa Inggeris (SR) kumpulan 2 dan opsyen kami, KDPM Prasekolah KEMAS. Pertandingan ini diadili  oleh En.Miller Yong, Pensyarah JIP dan Dr.Husna, Pegawai Pergigian merangkap penceramah..(sy minat kat dia ni, serba boleh). Setiap opsyen diberikan sekurang-kurangnya 30 minit untuk membentangkan pengajaran mikro.

kumpulan pertama. KPLI Pengajian BI Kumpulan 2
 kumpulan kedua, KDPM Prasekolah KEMAS
kumpulan ketiga, KPLI Pengajian BI Kumpulan 1

selepas semua opsyen selesai membuat pembentangan, tibalah masanya barisan juri memberikan ulasan berbentuk teguran serta cadangan penambahbaikkan. Disini kami dapat mengesan kelemahan, kelebihan dan cara untuk penambahbaikkan supaya kaedah dan teknik pengajaran menjadi lebih berkesan nnti.
En.Miller Yong, Pensyarah JIP

 Dr.Husna, Pegawai Pergigian merangkap penceramah

Memang ada kedengaran suara-suara yg meluahkan rasa tidak puas hati tp apa salahnya kita terima segala teguran sebagai panduan akan datang. InsyaAllah, ilmu yg kita sampaikan akan lebih bermakna. Sesi penutupan dirasmikan oleh Pn. Aminah Puyong, wakil dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Siapa menang pertandingan mikro teaching?????...kejap, tengok gambar ni.

 Alhamdulillah...berkat kerjasama semua kawan-kawan bermula dr merangka RPH, menyediakan BBM dan pembentangan..opsyen kami dapat JOHAN...=)

Dua lg anugerah yang diberikan oleh Pihak Kesihatan Pergigian iaitu Putera dan Puteri Gigi. Siapalah empunya gigi paling menawan seterusnya menyandang gelaran tu ya...

Tahniah..abang dan kakak KPLI Pengajian BI (SR) Kumpulan 2

Kursus Pergigian selesai akhirnya, boleh kami rehat 4, 5 hari sebelum program terakhir nanti......=). Peringatan bersama, Kita dikurniakan pelbagai kelebihan tersendiri dan bersyukurlah. Ada masanya, kita akan berasa tidak puas hati pada sesuatu perkara tp sampaikanlah dengan cara yang baik..jangan amalkan "BUDAYA SINDIR MENYINDIR"..takut nanti terkena batang hidung sendiri..(ada masa sy juga gunakan teknik sindir menyindir, tp biarlah berpada dan tengok pada situasi ya...)